Tuesday, December 23, 2014

PEMANTAUAN KLINIK SUKAN SEPAK TAKRAW PROGRAM PELAPIS 2014

TARIKH   :  19 DISEMBER 2014

TEMPAT  :  DEWAN MAJLIS PERBANDARAN SELAMA, PERAK.

 


JURULATIH


1.  EN.KU JAISMAN BIN KU ISMAIL

2. EN.ABDUL HAMID BIN V.ZAKARIAH

 

LAPORAN :-

 

Program Klinik Sukan Sepak Takraw ini diadakan atas usaha pihak Sekolah SMK Dato' Haji Hussein , Selama melalui jurulatih  Program Pelapis (JSM) En.Ku Jaisman dengan kerjasama Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perak. Program ini diadakan bagi mengenalpasti bakat dan kecenderungan sukan murid-murid disekolah tersebut dalam Sukan Sepak Takraw serta penambahbaikan latihan pada pelatih Program Pelapis. Program ini berjaya menarik minat penyertaan murid seramai 24 orang.Aktiviti yang dijalankan adalah sesi pagi ceramah sukan oleh En.Fazlan Amini bin Zulkifli yang merupakan bekas atlet  Negara pada tahun 2003 dan juga atlet SUKMA Negeri Perak.Pada sebelah petang diadakan sesi perlawanan peringkat dalaman bagi memperbetulkan teknik-teknik permainan.Program ini amat berkesan dalam meningkatkan minat dikalangan pelajar yang hadir dan menambahkan pengalaman serta pengetahuan bagi pelatih Program Pelapis Negeri Perak.





 

 

MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SUKAN SEPAK TAKRAW

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK

Wednesday, December 17, 2014

PEMANTAUAN SUKAN BERBASIKAL

Tarikh       : 16 Disember 2014 (Selasa)
Masa        : 8.00 pagi - 12.30 tengahari
Tempat     : Majlis Sukan Negeri Perak
Kehadiran : 10 Org
Jurulatih    : En.Hishamuddin Bin Mohd Zaki (JSM)
                

Laporan:

LATIHAN 
1) Streching (10 - 15 Min)

2) Program Latihan:
    Jarak 100 KM  (Ipoh - Seri Iskandar)
    E1 - 39 x 17-19
    E2 - 39 x 15/16
    35KM x 1
    25KM x 1(Ring)
    Speed 35 - 37KM/J

    E3 39 x 15
    10KM x 1 (Ring)
    Speed 38-39KM/J

   
UJIAN:-
Tiada.

PERTANDINGAN
Kejohanan Berbasikal Terbuka Pesta Pulau Pinang ke - 46 pada 19 - 21 Disember 2014.

KECEDERAAN
Tiada.

PERALATAN
Tiada.

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
1.Kehadiran atlet di sesi pagi adalah sederhana  dan namun atlet masih menunjukan komitmen yang tinggi di dalam sesi latihan.

2.Jurulatih memaklumkan terdapat seorang atlet lelaki iaitu Nor Fahmi Bin Ismail Abdullah  mengalami sakit demam dan seorang atlet wanita iaitu Nor Farrah Azrrina Bt Mohd Nordin mengalami masalah kesihatan.



Laporan disediakan:

ZAHRUL ANNUAR BIN USAILI
Pemangku Ketua Unit
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perak

Monday, December 8, 2014

PEMANTAUAN SUKAN BERBASIKAL

Tarikh       : 5 Disember 2014 (Jumaat)
Masa        : 8.00 pagi - 12.30 tengahari
Tempat     : Majlis Sukan Negeri Perak
Kehadiran  : 11 Org
Jurulatih    : En.Hishamuddin Bin Mohd Zaki (JSM)
                

Laporan:

LATIHAN 
1) Streching (10 - 15 Min)

2) Program Latihan:
    Jarak 30 KM  (Ipoh - Tanjung Rambutan)
    Easy (recovery) - 39 x 17/19
   
UJIAN:-
Tiada.

PERTANDINGAN
Tiada.

KECEDERAAN
Tiada.

PERALATAN
Tiada.

PROGRAM BINAAN
1. Kem Bakat T-20 Sukan Berbasikal
pada 7-12 Disember 2014 di veledrom Cheras,Kuala Lumpur - 2 Orang atlet Negeri Perak telah terpilih.

2. Kem Tahunan Bina Semangat Atlet Pelapis Negeri 2014
pada 8 - 10 Disember 2014 di Kem Murni,Gopeng


ULASAN
1.Kehadiran atlet di sesi pagi adalah  baik dan menunjukan komitmen yang baik di dalam sesi latihan.

2.Jurulatih memaklumkan terdapat seorang atlet telah demam.



Laporan disediakan:

ZAHRUL ANNUAR BIN USAILI
PKU USPTN PERAK
MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Wednesday, December 3, 2014

PEMANTAUAN KARNIVAL WAJADIRI SUKAN TAEKWONDO KALI KE-20,2014

Assalamualaikum& Salam 1 Malaysia

Tarikh : 16 November 2014

Masa : 1.00 Petang

Tempat : Dewan Orang Ramai,Rapat Setia,Ipoh,Perak

Kehadiran : Jurulatih dan 180 orang peserta


Laporan :-


Antara aktiviti yang dijalankan adalah Latihan push up,agility,sit and reach dan Sparring Simulations.Karnival ini bertujuan mencari pelapis dan bakat baru bagi menambah jumlah pelatih pelapis Sukan Taekwondo di Negeri Perak.Selain itu,kita juga mengadakan kejohanan peringkat dalaman dan antara tujuan karnival ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan tentang Sukan Taekwondo  di kalangan murid-murid,ibu bapa dan masyarakat tempatan.Majlis penutup telah dihadiri oleh Puan Normala Rashid,Pegawai Sukan, Majlis Sukan Negeri Perak.







MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR
PPN TAEKWONDO
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK

Thursday, November 27, 2014

PEMANTAUAN KEJOHANAN SKUASY TERTUTUP PERAK 2014

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Tarikh         : 20 Hingga 23 November 2014
Tempat       : Gelanggang Skuash,Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh

Laporan      :- 

Kejohanan ini bertujuan mencari pelapis dan bakat baru bagi menambah jumlah atlet pelapis Sukan Skuash di Negeri Perak.Selain itu,kita juga memberi pendedahan tentang permainan Skuash di kalangan murid-murid,ibu bapa dan masyarakat.Kumpulan sasaran yang terlibat dalam pemilihan ini adalah lingkungan umur 10 Tahun hingga 15 Tahun.Terdapat 4 buah sekolah di Ipoh yang terlibat iaitu SK Methodist (ACS), SK Dato' Ahmad Said Tambahan,SK Tarcisian Convent dan SK Marian Convent.Peserta dari luar Ipoh yang menyertai kejohanan ini adalah daripada Universiti Teknologi Petronas dan Lumut.Sebanyak 97 orang peserta telah hadir.




MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR
PPN SKUASH
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK

PEMANTAUAN KEJOHANAN PELAPIS PERINGKAT ZON AKHIR 2014 ( GRAND FINAL )

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Tarikh : 13 - 17 November 2014

Tempat : Dewan Persatuan Badminton Negeri Pahang,Kuantan,Pahang.

Penyertaan : 3 Jurulatih dan 21 Pelatih

 

Laporan

 

Pelatih Pelapis Negeri Perak telah menyertai Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Akhir ( Grand Final ) pada 13 - 17 November 2014.Pasukan negeri Perak telah mendaftarkan seramai 21 orang pelatih.Kesemua pelatih yang dibawa adalah pelatih yang kurang diberi pendedahan pertandingan sebelum ini.

 

Keputusan kejohanan adalah seperti berikut :-

 

1) Antara Regu Bawah 16 Tahun

-      Pingat Gangsa

2) Antara Regu Berdua Bawah 16 Tahun

-      Pingat Gangsa

3) Antara Regu Bawah 14 Tahun

-      Pingat Emas

4) Antara Regu Berdua Bawah 14 Tahun

-      Tewas Peringkat Kumpulan

5) Antara Regu Bawah 12 Tahun

-      Tewas Peringkat Kumpulan

 

 

MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SEPAK TAKRAW

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK

PEMANTAUAN KEJOHANAN PELAPIS PERINGKAT ZON TENGAH SIRI 02/2014

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Tarikh : 22 - 24 Jun 2014

Tempat : Dewan Kompleks Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.

Penyertaan : 3 Jurulatih dan 26 Pelatih

 

Laporan

 

Adalah dimaklumkan bahawa, Unit Sukan Pretasi Tinggi Negeri Perak melalui Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Perak dan Persatuan Sepak Takraw Negeri  Perak telah menganjurkan Kejohanan Pelapis Antara Zon Tengah Siri 2/2014 pada 22 - 24 Jun 2014 bertempat di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak. Kejohanan ini telah disertai oleh Pelatih Negeri Selangor dan jemputan dari pasukan SMK Gunung Rapat,Ipoh. Kejohanan  zon ini merupakan medan untuk menilai prestasi atlet-atlet dibawah 16 tahun dalam Program Pelapis Negeri, Cawangan Majlis Sukan Negara Malaysia.

 

Keputusan kejohanan adalah seperti berikut :-

 

1. Antara Regu Bawah 16 Tahun

-      Pingat Emas

2. Antara Regu Berdua Bawah 16 Tahun

-      Pingat Perak

3. Antara Regu Bawah 14 Tahun

-      Pingat Gangsa

4. Antara Regu Berdua Bawah 14 Tahun

-      Pingat Perak

5. Antara Regu Bawah 12 Tahun

-      Pingat Emas


MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SEPAK TAKRAW

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK

 

PEMANTAUAN KEJOHANAN PELAPIS PERINGKAT ZON TENGAH SIRI 01/2014

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Tarikh : 14 - 16 Mac 2014

Tempat : Dewan Kompleks Sukan Negara, Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Penyertaan : 2 Jurulatih dan 15 Pelatih

 

Laporan


Pelatih Pelapis Negeri Perak telah menyertai Kejohanan Antara Zon Tengah pada 14 - 16 Mac 2014. Kejohanan ini pada mulanya dijangka akan ditunda pada tarikh yang lain berikutan keadaan cuaca di lembah klang pada waktu tersebut berjerubu tetapi diteruskan juga setelah keadaan kembali pulih dan dapat diteruskan.

Pasukan negeri Perak telah mendaftarkan seramai 15 orang pelatih.Kesemua pelatih yang dibawa adalah pelatih yang kurang diberi pendedahan pertandingan sebelum ini.

Keputusan kejohanan adalah seperti berikut :-


           1. Antara Regu Bawah 16 Tahun

-          Tempat Keempat

2. Antara Regu Berdua Bawah 16 Tahun

-          Pingat Gangsa

3. Antara Regu Bawah 14 Tahun

-          Pingat Emas

4. Antara Regu Berdua Bawah 14 Tahun

-          Pingat Emas

5. Antara Regu Bawah 12 Tahun

-          Tidak Menyertai



MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SEPAK TAKRAW

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK

Tuesday, November 25, 2014

PEMANTAUAN SUKAN BERBASIKAL

Tarikh       : 24 November 2014 (Isnin)
Masa        : 8.00 pagi - 12.30 tengahari
Tempat     : Majlis Sukan Negeri Perak
Kehadiran  : 14 Org
Jurulatih    : En.Hishamuddin Bin Mohd Zaki (JSM)
                

Laporan:

LATIHAN 
1) Streching (10 - 15 Min)

2) Program Latihan:
    Jarak 50 KM  (Ipoh - Batu Gajah)
    E1 - 39 x 17/19
    E2 - 39 x 15
           10 KM x 1
    02. - 39 x 15
            1KM x 3 x 1 set
    
UJIAN:-
Tiada ujian spesifik atau kecergasan dijalankan.

PERTANDINGAN
Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Kebangsaan Sirkit 3/2014 pada 26 - 30 November 2014 di Veledrom Cheras,Kuala Lumpur.

KECEDERAAN
Tiada

PERALATAN
Tiada

PROGRAM BINAAN
Tiada


ULASAN
1.Kehadiran atlet di sesi pagi adalah sangat baik dan menunjukan komitmen yang baik di dalam sesi latihan.

2.Jurulatih memaklumkan terdapat dua orang atlet baru masuk ke dalam program yang kedua-duanya berumur 15 tahun.seorang Lelaki & seorang Wanita



Laporan disediakan:

ZAHRUL ANNUAR BIN USAILI
PKU USPTN PERAK
MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Monday, November 24, 2014

UJIAN KECERGASAN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK PELAPIS PERAK













Tarikh : 22 November 2014
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Gimnasium Gimnastik Taiping.
Kehadiran : 31 orang atlet (Lelaki - 27 atlet & Wanita 4 atlet)


Latihan : Tiada

Ujian : Kecergasan (Panjang Depa,Tinggi Duduk, Jangkauan Melunjur, Tekan Tubi 1 minit, Bangun Tubi 1 Minit, 10m Ulang-alik dan Lompat Jauh Berdiri)

Pertandingan : Tiada

Kecederaan : Tiada

Peralatan : Tiada

Program Binaan: Tiada

Ulasan : Ujian Kecergasan telah dijalankan pada 22 November 2014 pada jam 9.00 pagi bertempat di Gimnasium Gimnastik Taiping. Ujian kecergasan ini telah dilaksana oleh guru-guru dari Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama dan dibantu oleh pihak jurulatih.



SHAHDAN BIN MHD HASHIM
PPN GIMNASTIK ARTISTIK