Tuesday, December 23, 2014

PEMANTAUAN KLINIK SUKAN SEPAK TAKRAW PROGRAM PELAPIS 2014

TARIKH   :  19 DISEMBER 2014

TEMPAT  :  DEWAN MAJLIS PERBANDARAN SELAMA, PERAK.

 


JURULATIH


1.  EN.KU JAISMAN BIN KU ISMAIL

2. EN.ABDUL HAMID BIN V.ZAKARIAH

 

LAPORAN :-

 

Program Klinik Sukan Sepak Takraw ini diadakan atas usaha pihak Sekolah SMK Dato' Haji Hussein , Selama melalui jurulatih  Program Pelapis (JSM) En.Ku Jaisman dengan kerjasama Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perak. Program ini diadakan bagi mengenalpasti bakat dan kecenderungan sukan murid-murid disekolah tersebut dalam Sukan Sepak Takraw serta penambahbaikan latihan pada pelatih Program Pelapis. Program ini berjaya menarik minat penyertaan murid seramai 24 orang.Aktiviti yang dijalankan adalah sesi pagi ceramah sukan oleh En.Fazlan Amini bin Zulkifli yang merupakan bekas atlet  Negara pada tahun 2003 dan juga atlet SUKMA Negeri Perak.Pada sebelah petang diadakan sesi perlawanan peringkat dalaman bagi memperbetulkan teknik-teknik permainan.Program ini amat berkesan dalam meningkatkan minat dikalangan pelajar yang hadir dan menambahkan pengalaman serta pengetahuan bagi pelatih Program Pelapis Negeri Perak.





 

 

MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SUKAN SEPAK TAKRAW

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK

No comments:

Post a Comment