Thursday, July 27, 2017

PROGRAM PENCARIAN BAKAT BARU (TID) SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK

Assalamualaikum & Salam sejahtera



Tarikh  : 26 Julai 2017

Masa : 9.00pagi hingga 11.00pagi 

Tempat : Dewan Gimnastik SK King Edward VII (2),Taiping,Perak.


 


Laporan           :-


USPTN PERAK dengan kerjasama jurulatih di bawah Program Pelapis dan Majlis Sukan Negeri Perak telah menjemput pelajar sekolah berikut untuk menilai keupayaan fizikal serta bakat semula jadi pelajar.Sebanyak 2 buah sekolah yang berhampiran dengan Pusat Latihan Negeri (PLN) telah dipilih bagi menjalankan program ini.Program "TID" ini dijalankan untuk mencari atlet pelapis lelaki yang berumur 6 tahun.Berikut adalah sekolah-sekolah yang terlibat :


1. SK King Edward VII (2) ,Taiping,Perak

2. SK Klian Pauh ,Taiping,Perak


Setelah pemilihan dibuat,daripada 24 pelajar yang hadir,4 orang telah terpilih dan akan dimaklumkan melalui surat kepada pihak sekolah dan ibu bapa untuk mendapatkan kebenaran dan makluman berkenaan keputusan pemilihan.Para pelajar yang terpilih akan diminta untuk menghadirkan diri di pusat latihan dalam tempoh yang terdekat bagi sesi taklimat program dan latihan.




Laporan oleh :



MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN GIMNASTIK ARTISTIK

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK

No comments:

Post a Comment