PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI,
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK
Assalamualaikum & Salam sejahtera
Tarikh : 27 Julai 2017 ( Khamis )
Masa : 5.30 Petang
Tempat : Dewan Majlis Sukan Negeri Perak
Kehadiran : Dua (2) orang jurulatih (JPM MSN Perak) serta 6 orang atlet lelaki dan 3 orang atlet wanita.
Latihan : Penambahbaikan angkatan, Jerk, Snatch dan Clean Pull.
Ujian : Tiada
Pertandingan : Tiada
Kecederaan : Tiada
Peralatan : Tiada
Program Binaan: Tiada
Ulasan :-
Seramai 9 orang atlet hadir menjalani latihan di Dewan MSN Perak,Atlet telah menunjukkan peningkatan dalam latihan dan angkatan.Latihan berjalan lancar dan baik.Latihan dijalankan memfokuskan penambahbaikan angkatan.
Laporan disediakan oleh :
MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR
PPN SUKAN ANGKAT BERAT
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK
Assalamualaikum & Salam sejahtera
Tarikh : 26 Julai 2017
Masa : 9.00pagi hingga 11.00pagi
Tempat : Dewan Gimnastik SK King Edward VII (2),Taiping,Perak.
Laporan :-
USPTN PERAK dengan kerjasama jurulatih di bawah Program Pelapis dan Majlis Sukan Negeri Perak telah menjemput pelajar sekolah berikut untuk menilai keupayaan fizikal serta bakat semula jadi pelajar.Sebanyak 2 buah sekolah yang berhampiran dengan Pusat Latihan Negeri (PLN) telah dipilih bagi menjalankan program ini.Program "TID" ini dijalankan untuk mencari atlet pelapis lelaki yang berumur 6 tahun.Berikut adalah sekolah-sekolah yang terlibat :
1. SK King Edward VII (2) ,Taiping,Perak
2. SK Klian Pauh ,Taiping,Perak
Setelah pemilihan dibuat,daripada 24 pelajar yang hadir,4 orang telah terpilih dan akan dimaklumkan melalui surat kepada pihak sekolah dan ibu bapa untuk mendapatkan kebenaran dan makluman berkenaan keputusan pemilihan.Para pelajar yang terpilih akan diminta untuk menghadirkan diri di pusat latihan dalam tempoh yang terdekat bagi sesi taklimat program dan latihan.
Laporan oleh :
MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR
PPN GIMNASTIK ARTISTIK
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK