Friday, June 26, 2015

KEJOHANAN PELAPIS ZON TENGAH SIRI 2/2015 - MENEMBAK

LAPORAN

KEJOHANAN PELAPIS ZON TENGAH SIRI 2/2014
TARIKH : 12 - 14 JUN 2015
TEMPAT : LAPANG SASAR MENEMBAK SUBANG, SUBANG

Pasukan Menembak Perak bertolak ke Subang pada jam 9.00 pagi bagi menyertai kejohanan pada kali ini. Seramai 14 orang pelatih bawah umur 15 tahun telah terpilih sebagai pendedahan awal ke peringkat yang lebih kompetitif. 

Mesyuarat pengurus pasukan diadakan pada jam 4.00 petang. Antara negeri yang menyertai pertandingan pada kali ini ialah Selangor, Kedah, Kuala Lumpur dan Perak. Pasukan Selangor diwakili oleh seramai 14 orang, Kedah 5 orang, Kuala Lumpur 6 orang dan Perak 13 orang.

Pada kejohanan pada kali ini pasukan Perak hanya memenangi 1 Perak bagi acara 10m Air Rifle Wanita, Intan Syamimi Fadzil dan 2 Gangsa bagi acara 10m Air Pistol Wanita, Nur Syaqeerah Kamaruddin dan 10m Air Rifle Wanita, Nur Syafani Nabila.Abd Razak.

Sekian, terima kasih

NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI,
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK

No comments:

Post a Comment