Tarikh : 8 dan 9 April 2015
Laporan :-
Pada 8 dan 9 April 2015, USPTN Perak bersama-sama ISN Perak serta dibantu oleh Unit Sains Sukan Majlis Sukan Negeri Perak telah menjalankan Program Mengenalpasti Bakat untuk Sukan Berbasikal dan Sukan Angkat Berat di sekolah-sekolah terpilih. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencari serta mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pelajar sekolah menengah untuk dijadikan atlet Pelapis Sukan Berbasikal dan Angkat Berat pada masa akan datang. Program ini dijalankan seperti tahun-tahun yang sebelumnya.Sasaran adalah kepada pelajar yang berumur 13 hingga 15 tahun. Sekolah-sekolah yang terpilih untuk dijalankan program tersebut adalah seperti berikut:-
1. SMK Tambun,Ipoh - 136 orang pelajar
2. SMK Ulu Kinta,Ipoh - 182 orang pelajar
Pada program kali ini,Pemangku Ketua Unit bersama SDO dan 3 orang jurulatih di bawah program pelapis dan MSNPK akan ke sekolah-sekolah seperti di atas,sesi pertama yang dijalankan adalah pengenalan kepada Program Pelapis,seterusnya jurulatih akan memperkenalkan sukan dan menunjukkan demonstrasi sukan.Kemudian sesi terakhir adalah Ujian "General Test" yang dijalankan oleh ISN Negeri Perak dan dibantu oleh Unit Sains Sukan Negeri Perak.Pada masa yang sama jurulatih tersebut akan menilai keupayaan serta bakat semulajadi pelajar.ISN dan Jurulatih akan memilih pelajar yang memenuhi kriteria seperti yang diingini dan akan mengambil nama pelajar yang dipilih. Selepas pemilihan ini,nama-nama yang terpilih akan diadakan sesi TID kedua oleh pihak ISN Perak di Kompleks MSNPk bagi menjalankan ujian spesifik sukan.Keputusan pada ujian kedua ini yang akan menentukan pelajar yang layak menyertai Program Pelapis.
MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR
PPN SUKAN BERBASIKAL DAN SUKAN ANGKAT BERAT
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK
No comments:
Post a Comment