Monday, April 20, 2015

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA (JKK) SUKAN GIMRAMA DAN GIMNASTIK ARTISTIK

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..


 

Tarikh : 1 April 2015 ( Rabu )

Masa : 4.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat MSNPk

Kehadiran : 8 Orang

 

Laporan :

 

Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak,Tuan Haji Mazlan Bin Mohamad dan dihadiri En.Zahrul USPTN Perak,En.Muhammad Farabi USPTN Perak, Cik Yuslina Binti Md Yusoff ISN Perak,Cik Shafini Binti Azme ISN Perak dan Setiausaha Persatuan Gimnastik Perak ( Baru ) Pn.Noor Rida Binti Zahid,Jurulatih Gimrama ( JSM ) Pn.Michele Lee Hooi Been serta Penyelia Sukan dari Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Perak,Pn.Zurina Binti Haji Ramli.


Mesyuarat JKK Bil 1 bagi sesi 2015 ini diadakan bagi membincangkan mengenai program pelapis negeri bagi tahun 2015 dan perancangan 2015. Antara perkara yang dibincangkan adalah status jurulatih, pertandingan, latihan, pusat latihan dan peranan MSNPk, Persatuan , JPN dan USPTN.


Mesyuarat berjalan lancar dan isu yang paling diambil berat adalah mengenai perancangan mengadakan Kursus spesifik sukan bagi menambah bilangan jurulatih dan guru untuk Sukan Gimrama dan Gimnastik di Negeri Perak.perancangan ini penting bagi menambah bilangan tenaga jurulatih seterusnya meningkatkan jumlah atlet.Mesyuarat juga membincangkan perancangan ke SUKMA 2016 dan 2018.

 

 

 

MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SUKAN GIMRAMA DAN GIMNASTIK ARTISTIK

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK

No comments:

Post a Comment