Thursday, April 16, 2015

PEMANTAUAN PUSAT & LATIHAN SUKAN MENEMBAK

TARIKH :12 APRIL 2014 (AHAD)
MASA  : 8.30 PAGI
TEMPAT : LAPANG SASAR MENEMBAK, JALAN LAHAT


KEHADIRAN 
1. Puan Norhayati A.Rahman (PPN)
2. En. Alais Naek Sulong
3. Cik Nurul Husna Mohd Raudzi
4. Atlet : 15 Lelaki / 21 Wanita (36 orang)

LATIHAN
1. Latihan pada hari ini 
    - Air Gun
    - Sport Prone
    - Free Pistol
    - Sport Pistol Excercise

UJIAN
 Tiada

PERTANDINGAN
Pasukan Menembak Perak telah menyertai Kejohanan Sportexcel/NSC/MILO/NSAM 2nd Malaysian Junior Shooting 2015 bertempat di Lapang Sasar Menembak Subang, Selangor. Dalam kejohanan ini, pasukan Perak telah berjaya menduduki tempat ke-2 dengan jumlah pungutan pingat 6 Emas 4 Perak 4 Gangsa. 
Pasukan 10m Air Rifle Men telah berjaya memperbaharui rekod kejohanan dimana sebelum ini turut dipegang oleh pasukan yang sama dalam kejohanan 1st leg. Rekod dalam kejohanan lepas adalah 1802.9 dan rekod terbaru adalah 1817.7.

KECEDERAAN
 Tiada

PERALATAN
1. Peralatan sedia ada

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
1. Kehadiran pelatih ke latihan agak memuaskan. PPN memaklumkan kepada jurulatih, pihak kerajaan negeri telah bersetuju untuk menyediakan kenderaan coaster untuk digunakan bagi membawa pelatih masuk kedalam pusat latihan. Pelatih hanya perlu menunggu didepan jalan utama dan akan dibawa kepusat latihan dengan coaster.
2. Pada hari ini terdapat seramai 20 orang pelajar dari sekolah berdekatan pusat latihan berumur antara 13-14 tahun berminat untuk menyertai latihan. Walaubagaimanapun, kumpulan ini telah diberikan penerangan awal berkaitan sukan menembak dan berharap kumpulah ini dapat meneruskan hasrat mereka untuk terus menyertai sukan ini kelak. 
3. JSM mencadangkan akan mengadakan pemilihan (TID) semula pada bulan Jun nanti. Ianya bergantung kepada masa dan perlu meneliti semula  aktiviti dan kalendar kejohanan.
4. JSM memaklumkan pihak pengurusan bersetuju untuk memberi makan sepanjang latihan (makan tengahhari) memandangkan pusat latihan tersebut agak jauh dari mana-mana kawasan perniagaan. Diharap semua pelatih dapat berlatih dengan suasana yang baik dan selesa.

Terima kasih

NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI,
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK

No comments:

Post a Comment