Thursday, April 30, 2015

PEMANTAUAN PUSAT & LATIHAN TENIS

TARIKH :28 APRIL 2015 (SELASA)
MASA  : 5.30 PETANG
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN MBI, IPOH
KEHADIRAN
1. Anthony Louders
2. Jeff Leong  Chee Wai
3. Atlet :11 lelaki dan 5 Wanita

LATIHAN
1. Latihan pada hari ini
    - Fitness
    - Agility (Drill)
    - Serve forehead @ back hand drill down to line
    - Running Court

UJIAN
 Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

KECEDERAAN
 Tiada

PERALATAN
1. Semua peralatan disediakan oleh pelatih sendiri.

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
1. Kehadiran pelatih ke latihan kurang memuaskan kerana ramai pelatih terlibat dalam aktiviti sekolah.
2. Tiada masalah dari segi disiplin pelatih ataupun gangguan daripada pihak luar dalam latihan harian
3.Jurulatih masih menjalani penilaian bagi memilih pelatih yang akan ke kejohanan U14 yang dijadualkan akan diadakan pada 16 - 20 Mei 2015.
Sekian, terima kasih

NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI

KEJOHANAN TENIS MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH PERAK 2015

Kejohanan Tenis peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak telah diadakan pada 23 - 26 April 2015 di tiga vanue berbeza iaitu di Gelanggang Tenis Universiti Teknologi Petronas, Universiti Teknologi Mara Seri Iskandar dan Maktab Randah Sains Mara Parit. Daerah Kinta telah menjadi johan keseluruhan pada kali ini.



NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI

UJIAN KECERGASAN PASUKAN TENPIN BOLING PELAPIS PERAK


Tarikh : 29 April 2015
Masa : 5.00 petang
Tempat : Dewan Akademi Hoki Raja Ashman Shah AHF-MHF, Ipoh


ULASAN
Seramai 38 orang atlet Sukan Tenpin Bowling hadir untuk menjalani Ujian Kecergasan untuk sesi 1/2015. Ujian Kecergasan ini dikendalikan oleh Unit Sains Sukan Majlis Sukan Negeri Perak. Antara ujian-ujian yang dijalankan adalah seperti berikut:

1. Standing Broad Jump
2. Push Up
3. Agility
4. Sit & Reach
5. 7 - Level
6. Bleep Test




SHAHDAN BIN MHD HASHIM
PPN TENPIN BOLING

Monday, April 20, 2015

PEMANTAUAN PUSAT & LATIHAN TENIS

TARIKH :19 APRIL 2015 (AHAD)
MASA  : 11.00 PAGI
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN MBI, IPOH

KEHADIRAN 
1. Anthony Louders
2. Jeff Leong  Chee Wai
3. Khair Amiruddin Taharim. 4. En. Mustafa Bin Daud
5. Atlet : 22 lelaki dan 17 Wanita

LATIHAN
1. Latihan pada hari ini 
    - Fitness
    - Agility (Drill)
    - Serve forehead @ back hand drill down to line
    - Running Court
    - Monthly Event - Single game

UJIAN
 Tiada

PERTANDINGAN
Pertandingan Bulanan yang dijalan kan oleh JSM Amiruddin

KECEDERAAN
 Tiada

PERALATAN
1. Semua peralatan disediakan oleh pelatih sendiri.

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
1. Kehadiran pelatih ke latihan agak memuaskan. Latihan dijalankan sehingga jam 12 tengahhari.
2. Tiada masalah dari segi disiplin pelatih ataupun gangguan daripada pihak luar dalam propgram latihan.

3. Pertandingan bulanan diadakan bagi menilai tahap keberkesanan latihan yang telah dijalankan sebelum ini. Selain itu pertandingan ini juga diadakan untuk memilih atlet yang akan kekejohanan pada masa terdekat.

Sekian, terima kasih

NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA (JKK) SUKAN GIMRAMA DAN GIMNASTIK ARTISTIK

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..


 

Tarikh : 1 April 2015 ( Rabu )

Masa : 4.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat MSNPk

Kehadiran : 8 Orang

 

Laporan :

 

Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak,Tuan Haji Mazlan Bin Mohamad dan dihadiri En.Zahrul USPTN Perak,En.Muhammad Farabi USPTN Perak, Cik Yuslina Binti Md Yusoff ISN Perak,Cik Shafini Binti Azme ISN Perak dan Setiausaha Persatuan Gimnastik Perak ( Baru ) Pn.Noor Rida Binti Zahid,Jurulatih Gimrama ( JSM ) Pn.Michele Lee Hooi Been serta Penyelia Sukan dari Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Perak,Pn.Zurina Binti Haji Ramli.


Mesyuarat JKK Bil 1 bagi sesi 2015 ini diadakan bagi membincangkan mengenai program pelapis negeri bagi tahun 2015 dan perancangan 2015. Antara perkara yang dibincangkan adalah status jurulatih, pertandingan, latihan, pusat latihan dan peranan MSNPk, Persatuan , JPN dan USPTN.


Mesyuarat berjalan lancar dan isu yang paling diambil berat adalah mengenai perancangan mengadakan Kursus spesifik sukan bagi menambah bilangan jurulatih dan guru untuk Sukan Gimrama dan Gimnastik di Negeri Perak.perancangan ini penting bagi menambah bilangan tenaga jurulatih seterusnya meningkatkan jumlah atlet.Mesyuarat juga membincangkan perancangan ke SUKMA 2016 dan 2018.

 

 

 

MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SUKAN GIMRAMA DAN GIMNASTIK ARTISTIK

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK

Sunday, April 19, 2015

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


Tarikh : 17 April 2015

Masa : 4.30 petang

Tempat : Gimasium Gimnastik Taiping.

Kehadiran : JLN dan JSM serta 16 orang atlet Lelaki dan 12 atlet wanita

Latihan : Rutin Klasifikasi Level 1 dan Level 2, Fleksibiliti,Pommel Horse

Ujian : Tiada

Pertandingan : Tiada

Kecederaan : Tiada

Peralatan : Tiada

Program Binaan: Tiada

 

Ulasan :-

 

Program TID akan dijalankan pada awal bulan Mei 2015 bagi menambah jumlah pelatih dan latihan yang dijalankan oleh jurulatih tertumpu kepada persiapan untuk ke Kejohanan SportExcel Sirkit 1/2015

 

 

 

MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN GIMNASTIK ARTISTIK

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN WUSHU

Assalamualaikum& Salam 1 Malaysia

 

 

Tarikh  : 2 April 2015

Masa  : 8.30 Malam

Tempat  : Dewan Chin Woo,Ipoh.

Kehadiran  : 2 orang Jurulatih JSM dan 14 orang atlet

Latihan  : Latihan individu berjalan lancar mengikut peringkat umur

Pertandingan  : Pemilihan atlet akan dilakukan untuk Kejohanan KPM Wushu 2015

Kecederaan  : Tiada

Ulasan  : Atlet memberi komitmen yang baik semasa latihan.

 

 

 

Laporan disediakan oleh :


MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SUKAN WUSHU

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK

PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

 

 

Tarikh : 11 April 2015

Masa : 4.00 Petang

Tempat : Dry Gym,Ipoh

Kehadiran : JSM serta 5 orang atlet Lelaki

Latihan : Penambahbaikan angkatan

Ujian : Tiada

Pertandingan : Tiada

Kecederaan : Tiada

Peralatan : Tiada

Program Binaan: Tiada

 

 

Ulasan :-


Seramai 5 orang atlet hadir menjalani latihan pada sesi petang di Pusat Latihan Dry Gym,Ipoh. Seorang pelatih yang hadir adalah hasil dari Program TID di SMK Ulu Kinta pada 9 April 2015.Atlet telah menunjukkan peningkatan dalam latihan dan angkatan. 

 

 

 

 

MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SUKAN ANGKAT BERAT

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK

PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN BERBASIKAL DAN SUKAN ANGKAT BERAT 2015

Tarikh : 8 dan 9 April 2015

 

Laporan :-


Pada 8 dan 9 April 2015, USPTN Perak bersama-sama ISN Perak serta dibantu oleh Unit Sains Sukan Majlis Sukan Negeri Perak telah menjalankan Program Mengenalpasti Bakat untuk Sukan Berbasikal dan Sukan Angkat Berat di sekolah-sekolah terpilih.  Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencari serta mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pelajar sekolah menengah untuk dijadikan atlet Pelapis Sukan Berbasikal dan Angkat Berat pada masa akan datang.  Program ini dijalankan seperti tahun-tahun yang sebelumnya.Sasaran adalah kepada pelajar yang berumur 13 hingga 15 tahun. Sekolah-sekolah yang terpilih untuk dijalankan program tersebut adalah seperti berikut:-


1. SMK Tambun,Ipoh - 136 orang pelajar

2. SMK Ulu Kinta,Ipoh - 182 orang pelajar


Pada program kali ini,Pemangku Ketua Unit bersama SDO dan 3 orang jurulatih di bawah program pelapis dan MSNPK akan ke sekolah-sekolah seperti di atas,sesi pertama yang dijalankan adalah pengenalan kepada Program Pelapis,seterusnya jurulatih akan memperkenalkan sukan dan menunjukkan demonstrasi sukan.Kemudian sesi terakhir adalah Ujian "General Test" yang dijalankan oleh ISN Negeri Perak dan dibantu oleh Unit Sains Sukan Negeri Perak.Pada masa yang sama jurulatih tersebut akan menilai keupayaan serta bakat semulajadi pelajar.ISN dan Jurulatih akan memilih pelajar yang memenuhi kriteria seperti yang diingini dan akan mengambil nama pelajar yang dipilih.  Selepas pemilihan ini,nama-nama yang terpilih akan diadakan sesi TID kedua oleh pihak ISN Perak di Kompleks MSNPk bagi menjalankan ujian spesifik sukan.Keputusan pada ujian kedua ini yang akan menentukan pelajar yang layak menyertai Program Pelapis.




MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SUKAN BERBASIKAL DAN SUKAN ANGKAT BERAT

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


Tarikh : 10 April 2015

Masa : 4.30 petang

Tempat : Gimasium Gimnastik Taiping.

Kehadiran : JLN dan JSM serta 15 orang atlet Lelaki dan 12 atlet wanita

Latihan : Rutin Klasifikasi Level 1 dan Level 2, Fleksibiliti,Pommel Horse

Ujian : Tiada

Pertandingan : Tiada

Kecederaan : Tiada

Peralatan : Tiada

Program Binaan: Tiada

 

Ulasan :-

 

Gimnasium mengalami masalah litar pintas dan perkara ini telah dibangkitkan pada pihak MSNPk dan JKR untuk proses pembaikan.Program TID akan dijalankan pada awal bulan Mei 2015 bagi menambah jumlah pelatih dan latihan yang dijalankan oleh jurulatih tertumpu kepada persiapan untuk ke Kejohanan SportExcel Sirkit 1/2015

 

 

 

MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN GIMNASTIK ARTISTIK

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN GIMRAMA

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia


Tarikh : 2 April 2015

Masa : 7.00 malam

Tempat : Dry Gym, MSN Perak

Kehadiran : Jurulatih JLN & JSM serta 17 orang atlet

Latihan : Latihan pada hari ini membetulkan rutin individu gimnas.

Ujian : Tiada

Pertandingan : Tiada

Kecederaan : Tiada kecederaan pada atlet gimrama.

Peralatan : Tiada masalah

Program Binaan : Tiada

 

Ulasan :


Dry Gym mengalami masalah beberapa lampu telah rosak yang mengakibatkan latihan pada waktu malam agak gelap sedikit,tetapi perkara ini telah dibangkitkan pada pengurusan Majlis Sukan Negeri Perak dan dalam proses pembaikan.Semasa latihan atlet gimrama memberi komitmen yang baik semasa latihan dijalankan dan ini memudahkan jurulatih untuk melatih atlet dan tiada masalah disiplin yang timbul.




MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SUKAN GIMRAMA

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK

Friday, April 17, 2015

LATIHAN PASUKAN TENPIN BOLING PELAPIS PERAK


Tarikh : 17 April 2015
Masa : 5.15 petang
Tempat : Ampang Superbowls, Ipoh Parade


LATIHAN
1. Latihan - Game Simulation

UJIAN
 Tiada

PERTANDINGAN
Kejohanan Tenpin Bowling Junior Circuit - Pahang Leg pada 24 - 26 April 2015 bertempat di Kuantan, Pahang.


KECEDERAAN
Tiada

PERALATAN
Tiada

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
Seramai 33 orang atlet hadir menjalani latihan pada sesi ini. Latihan dijalankan lebih tertumpu kepada persiapan ke 
Kejohanan Tenpin Bowling Junior Circuit - Pahang Leg yang akan diadakan pada  24 - 26 April 2015 bertempat di Kuantan, Pahang. Pasukan Pelapis Perak tidak menyertai kejohanan tersebut. Penyertaan atlet-atlet ke kejohanan ini adalah melalui pihak sekolah dan ibu bapa atlet.



SHAHDAN BIN MHD HASHIM
PPN TENPIN BOLING