Sunday, December 31, 2017

LATIHAN PASUKAN TENPIN BOLING PELAPIS PERAK










Tarikh : 27 Disember 2017
Masa : 6.00 petang
Tempat : Ampang Superbowls, Ipoh Parade, Ipoh, Perak.
Kehadiran : 1 JSM serta 16 orang atlet

Latihan : Simulasi Pertandingan

Ujian : Tiada

Pertandingan : Tiada

Kecederaan : Tiada

Peralatan : Tiada

Program Binaan: 1. Pertandingan Tenpin Bowling USPTN / Bakat (Dalaman)
                              2. Latihan Bersama Pasukan Sekolah Sukan (SSTMI)


Ulasan :-

Jurulatih memaklumkan kepada atlet pada sesi akhir latihan berhubung Pertandingan Tenpin Bowling USPTN / Bakat (Dalaman) yang akan diadakan pada 01.01.2018 yang akan diadakan di Ampang Superbowls, Ipoh Parade, Ipoh, Perak. Pertandingan ini lebih kepada persiapan atlet-atlet ke kejohanan-kejohanan bagi tahun 2018.

Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
1. Bawah 10 Tahun
2. Bawah 12 tahun
3. Terbuka Lelaki
4. Terbuka Wanita
5. Ibu/bapa/penjaga
    
Jurulatih juga memaklumkan telah merancang untuk mengadakan latihan bersama Pasukan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar, Johor pada 9 hingga 13 Januari 2018.
   Sesi latihan ini turut disertai oleh Program Bawah 12 Tahun Majlis Sukan Negeri Perak dan dibantu oleh 2 orang jurulatih sambilan lantikan Majlis Sukan Negeri Perak.

 
SHAHDAN BIN MHD HASHIM
PPN Tenpin Boling

No comments:

Post a Comment