Monday, January 9, 2017

PEMANTAUAN KEJOHANAN WUSHU TERTUTUP NEGERI PERAK 2017

Assalamualaikum & Salam sejahtera


Tarikh : 8 Januari 2017 (Ahad)

Tempat : Dewan Tun Dr Ling Liong Sik,Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampar, Perak.

Masa : 9.00 Pagi hingga 5.00 Ptg

Kehadiran :-

1. En.Ghazali Bin Kasim, Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak
2. En.Meor Shahriman Bin Meor Ahmad Kasri, Penolong Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak
3. En.Adrin Yeap Wai Kuan,Penolong Pengurus Kanan,Bahagian Sukan dan Rekreasi,UTAR.
4. En.Fazrie Bin Che Li, Ketua Unit BPPS,MSN Perak
5. En.Zahrul Anuar Bin Usaili, Ketua Unit USPTN Perak



LAPORAN :-

Kejohanan Wushu Tertutup Negeri Perak 2017 ini telah dianjurkan oleh Persekutuan Tarian Naga dan Singa Negeri Perak dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Perak dan Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Seramai 74 orang peserta telah menyertai pertandingan pada kali ini iaitu 51 orang atlet lelaki dan 23 orang atlet wanita. Peserta yang hadir adalah daripada Pasukan Atlet Pelapis Negeri Perak dan dari seluruh pertubuhan serta daerah di Negeri PerakKejohanan ini mempertandingkan 11 acara iaitu :-

TAOLU
  1. NANQUAN          
  2. NANDAO                  
  3. NANGUN
  4. CHANGQUAN              
  5. QIANGSHU                  
  6. JIANSHU
  7. DAOSHU       
  8. GUNSHU
  9. TAIJIQUAN 
  10. TAIJIJIAN
SHANSHAO
  1. Lelaki - ( 56Kg , 60Kg, 65Kg & 70Kg )
  2. Wanita - ( 52Kg, 56Kg, 60Kg & 65Kg )

Kejohanan ini adalah penting sebagai asas untuk meletakkan ranking pelatih dalam  program pembangunan dan menilai tahap pencapaian atlet pelapis serta mengenalpasti bakat-bakat baru di seluruh daerah Negeri Perak.Atlet Pelapis Negeri Perak telah mengungguli keseluruhan acara yang dipertandingkan.Acara Shanshao telah diperkenalkan pada kejohanan ini untuk melihat dari segi kesesuaian dan kelebihan untuk dicadangkan sebagai acara tambahan di SUKMA Perak 2018 nanti.



laporan oleh :-

MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR
PPN SUKAN WUSHU
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK

No comments:

Post a Comment