Tuesday, July 12, 2016

LATIHAN PASUKAN LAWN BOWLS PERAK










Tarikh            :         10 Julai 2016
Tempat          :        
Stadium Tertutup Bayuemas, Klang, Selangor.



Kehadiran : 3 JSM serta 9 orang atlet. 


Latihan : Acara Singles dan Fours

Ujian : Tiada

Pertandingan : Tiada

Kecederaan : Tiada

Peralatan : Tiada

Program Binaan : Tiada

Ulasan :-



Pihak Persatuan Lawn Bowls dan Pengurusan Pasukan SUKMA Perak telah menjalankan latihan di Stadium Tertutup Bayuemas, Klang, Selangor bagi persiapan pasukan ke Temasya Sukan Malaysia  XVIII, Sarawak yang bakal berlangsung pada bulan Julai 2016.

Sesi latihan ini melibatkan penyertaan seramai 12 orang iaitu 2 jurulatih Sambilan USPTN, 1 jurulatih SUKMA dan 9 orang atlet ( 6 lelaki dan 3 wanita). Sesi latihan ini diadakan sebanyak 1 sesi sahaja iaitu :

1. Sesi I : 8.30 - 11.45 pagi (Latihan Singles & Fours)

 
Latihan pada sesi ini juga turut di sertai oleh Pasukan Lawn Bowls Negeri Selangor yang menjalani latihan pada sesi tersebut. Pada sesi latihan ini tiada perlawanan persahabatan. Jurulatih memaklumkan latihan pada sesi ini lebih kepada memperbaiki dan meningkat kemahiran individu dan berpasukan.

SHAHDAN BIN MHD HASHIM

PPN LAWN BOWLS

No comments:

Post a Comment