Friday, April 22, 2016

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA (JKK) SUKAN WUSHU BIL 1/2016

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


 

Tarikh : 19 April 2016 ( Selasa )

Masa : 4.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat MSNPk

Kehadiran : 10 Orang

 

Laporan :

 

Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Unit Majlis Sukan Negeri Perak,En.Fadzrie Bin Che Li dan dihadiri En.Zahrul USPTN Perak,En.Muhammad Farabi USPTN Perak,En.Muhamad Adif Bin Daud Penyelaras SUKMA 2016,Cik Raja Shahzuryani Bt Raja Shah Riman ISN Perak dan Setiausaha Persekutuan Tarian Naga Dan Singa Perak En.Chin Kin Tong,AJK Persatuan En.Wong Wai Leng,Jurulatih Wushu ( JSM ) En.Chan Chee Kheong dan Tan Siow Huoy serta Penyelia Sukan dari Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Perak,Tuan Mohd Fakrul Nizan.


Mesyuarat JKK Bil 1 bagi sesi 2016 ini diadakan bagi membincangkan mengenai program pelapis negeri bagi tahun 2016 dan perancangan 2016. Antara perkara yang dibincangkan adalah status jurulatih, pertandingan, latihan, pusat latihan dan peranan MSNPk, Persatuan,JPN dan USPTN.


Mesyuarat berjalan lancar dan isu yang paling diambil berat adalah mengenai perancangan mengadakan kejohanan peringkat dalaman dan peringkat negeri.Mesyuarat juga membincangkan perancangan ke SUKMA 2016 dan 2018.

 

 




Laporan disediakan :


MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SUKAN GIMRAMA DAN GIMNASTIK ARTISTIK

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK


No comments:

Post a Comment