Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Tarikh : 19 April 2016 ( Selasa )
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat MSNPk
Kehadiran : 7 Orang
Laporan :
Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Unit Majlis Sukan Negeri Perak,En.Fadzrie Bin Che Li dan dihadiri En.Zahrul USPTN Perak,En.Muhammad Farabi USPTN Perak,Pn.Chin Lai Yee Penyelaras SUKMA 2016,Cik Raja Shahzuryani Bt Raja Shah Riman ISN Perak dan Setiausaha Persatuan Gimnastik Perak ( Baru ) Pn.Azizah Bt Abdul Rashid,Jurulatih Gimrama ( JSM ) Pn.Michele Lee Hooi Been serta Penyelia Sukan dari Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Perak,Tuan Mohd Fakrul Nizan.
Mesyuarat JKK Bil 1 bagi sesi 2016 ini diadakan bagi membincangkan mengenai program pelapis negeri bagi tahun 2016 dan perancangan 2016. Antara perkara yang dibincangkan adalah status jurulatih, pertandingan, latihan, pusat latihan dan peranan MSNPk, Persatuan,JPN dan USPTN.
Mesyuarat berjalan lancar dan isu yang paling diambil berat adalah mengenai perancangan mengadakan Kursus spesifik sukan bagi menambah bilangan jurulatih dan guru untuk Sukan Gimrama dan Gimnastik di Negeri Perak.perancangan ini penting bagi menambah bilangan tenaga jurulatih seterusnya meningkatkan jumlah atlet.Mesyuarat juga membincangkan perancangan ke SUKMA 2016 dan 2018.
Laporan disediakan :
MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR
PPN SUKAN GIMRAMA DAN GIMNASTIK ARTISTIK
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK
No comments:
Post a Comment