TARIKH : 7 - 9 MAC 2014 (JUMAAT - AHAD)
HARI KETIGA
MASA : 4.30 PTG
TEMPAT : JAB PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI PERAK
KEHADIRAN :
1. Pegawai/Guru - 22 orang
2. Lelaki - 42, Wanita - 36 (14 buah sekolah dan kelab)
LAPORAN
HARI PERTAMA
Sesi pendaftaran diadakan pada seawal 10 pagi di penginapan peserta iaitu Wisma Bulan Sabit Merah Perak (PBSM). Pendaftaran berjalan dengan lancar
Sesi pertama diadakan pada jam 3.30 petang dengan taklimat program oleh Ketua Unit, Unit Sukan Prestasi Tinggi di Dewan PBSM. Pada jam 5.00 petang Klinik Pengenalan Sukan Memanah diadakan dan disampaikan oleh En. Abdul Razak selaku penceramah yang dijemput dari Persatuan Memanah Negeri Perak. Program berakhir pada jam 6.30 petang dan bersambung pula pada jam 8.30 malam bagi sesi Taklimat Pemakanan / Fisiologi / Psikologi dalam sukan yang disampaikan oleh En. James Alexander dari Unit Sains Sukan, Majlis Sukan Negeri Perak. Sesi ini tamat pada jam 10.30 malam
HARI KEDUA
Pada hari kedua diadakan TID yang dikendalikan oleh pihak ISN bermula jam 8.30 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Sesi seterusnya diadakan pada jam 3.30 petang iaitu sesi bersama Icon Sukan Memanah iaitu En. Abdul Hamid Bin Ismail yang diadakan di Padang Bolasepak Jabatan Veterinar Negeri Perak sehingga jam 5.00 petang. Setelah selesai sesi bersama Icon, latihan rasmi /sighters diadakan bagi menyesuaian padang.Sesi sighter berakhir pada jam 7.00 petang. Pada jam 8.30 malam sesi Taklimat Perubatan /Strength and Conditioning diadakan di Dean PBSM dan disampaikan oleh En.Shanker Retinam. Sesi ini berakhir pada jam 11.00 malam.
Pada hari ketiga pertandingan bagi acara bawah 16 tahun dan bawah 12 tahun telah diadakan pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang.
NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI,
UNIT SUKAN PRESTASI TIINGGI NEGERI PERAK
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI,
UNIT SUKAN PRESTASI TIINGGI NEGERI PERAK
No comments:
Post a Comment