Thursday, May 23, 2013

LATIHAN PASUKAN TINJU PELAPIS PERAK

SUKAN : TINJU
TARIKH : 23 MEI 2013
TEMPAT : SMK JATI, IPOH
MASA : 8.30 PAGI


Seramai 8 orang atlet hadir menjalani latihan pada sesi latihan pagi. Jurulatih menjalankan latihan bagi persediaan pasukan Tinju ke Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan yang akan diadakan pada 5 hingga 9 Jun 2013 bertempat di Kompleks Sukan Keramat MSNM, Keramat, Kuala Lumpur.

Jurulatih memaklumkan bagi kategori 13-14 tahun, peninju-peninju yang akan menyertai kejohanan ini sekadar pendedahan ke kejohanan kerana peninju bagi kategori ini merupakan kejohanan pertama yang disertai oleh mereka. Manakala bagi peninju kategori 15-16 tahun dan 17-18 tahun, pemilihan akan diadakan agar peninju yang terbaik di pusat latihan sahaja yang akan menyertai kejohanan tersebut.






No comments:

Post a Comment