Wednesday, May 8, 2013

Kem Bakat Memanah 2013

Tarikh : 25 April - 1 Mei 2013
Tempat : Kompleks Sukan MSN Keramat

Laporan :

Kem Bakat Memanah 2013 telah diadakan pada 25 April - 1 Mei 2013 bertempat di Kompleks Sukan MSN Keramat. Seramai 40 orang pelatih dari seluruh negara telah terpilih utuk menyertai kem ini pada kali ini. Wakil dari negeri Perak seramai 3 orang iaitu Nur I'zaaz Afiqah Mohd Nadzri, Wan Mohd Izzudin Wan Awang dan Cheah Ken Shern serta jurulatih sambilan En. Razali Bin Hasan.

Kem pada kali ini diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan latihan yang lebih berkesan dan sistematik. Selain itu, kem ini juga diadakan bagi pemilihan atlet ke program Pelapis Kebangsaan dan pemilihan ke Program YOG 2014.

Sekian, terima kasih.


NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PPN MEMANAH
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK

No comments:

Post a Comment