Monday, March 4, 2013

Laporan Pemantauan Evaluation Tenpin Boling 2013

Tarikh : 18 Januari 2013
Masa : 2.00 petang
Tempat : Ampang Superbowls, Ipoh Parade
Kehadiran : 65 orang

Program Evaluation pada tahun ini telah diadakan dengan jayanya pada hari Jumaat, 18 Januari 2013 bertempat di Ampang Superbowls, Seramai 65 orang murid dari pelbagai daerah telah datang bagi menguji kebolehan diri untuk sama-sama mencuba untuk menempatkan diri dalam Program Pelapis Negeri.

Dalam program Evaluation pada kali ini, pelatih Program Pelapis Negeri bagi tahun 2012 adalah diwajibkan untuk dinilai dan di 'gred' semula tahap pencapaian individu sepanjang tahun 2012. Manakala pelatih yang tidak berada dalam program sebelum ini berpeluang untuk berada dalam program bagi tahun ini.

Untuk program ini, semua calon pelatih telah dinilai oleh Jurulatih Pelapis Kebangsaan, En. Foo Tack Meng. Keputusan bagi program ini akan diumumkan setelah mendapat pengesahan dari pihak Majlis Sukan Negara dan akan terus diedarkan kesekolah.

Sekian, terima kasih


--
NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PPN BADMINTON/TENPIN BOLING/LAWN BOWL
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK
MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK
ARAS 1, WISMA MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK,
KOMPLEKS SUKAN BANDARAYA IPOH,
JALAN GHAZALI JAWI,
31400 IPOH,
PERAK
TEL : 05-5478885
FAX : 05-5476885

No comments:

Post a Comment