Thursday, February 8, 2018

PROGRAM LATIHAN BERSEPADU DAN KEM MOTIVASI DI SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL
















Tarikh : 30 Januari hingga 03 Februari 2018
Tempat : Sekolah SUKAN Tunku Mahkota Ismail, Johor
Kehadiran : 1 JPM, 3  JSM serta 20 orang atlet

Latihan : Pertandingan dan Latihan Bersama Pasukan SSTMI

Ujian : Tiada

Pertandingan : Tiada

Kecederaan : Tiada

Peralatan : Tiada

Program Binaan: Program Latihan Bersepadu dan Kem Motivasi di Sekolah Sukan  
                              Tunku Mahkota Ismail (SSTMI)

Ulasan :-

Seramai 20 atlet yang terdiri daripada 17 lelaki dan 3 wanita telah menyertai Program Latihan Bersepadu dan Kem Motivasi di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar, Johor. Program ini sepatutnya diadakan pada 9 hingga 13 Januari 2018 telah ditunda pada 30 Januari hingga 03 Februari 2018 kerana masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. 

Program yang dirancang telah berjalan dengan lancar mengikut perancangan dan jadual yang telah dirancang oleh pihak jurulatih. Program ini turut dibantu oleh jurulatih sambilan dari Majlis Sukan Negeri Perak.

Turut hadir pada program tersebut ialah Pengarah dan pegawai-pegawai kanan Majlis Sukan Negeri Perak yang hadir ke Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar, Johor sempena Program Perjumpaan atlet-atlet Negeri Perak di sekolah tersebut.

 
SHAHDAN BIN MHD HASHIM
PPN Tenpin Boling

No comments:

Post a Comment