Wednesday, August 26, 2015

PEMANTAUAN KARNIVAL REMAJA WUSHU PERAK 2015


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia



 

LAPORAN :


Kejohanan Karnival Remaja Wushu Perak 2015 telah dijalankan pada 15 & 16 Ogos 2015 bertempat di Dewan Majlis Sukan Negeri Perak. Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Persekutuan Tarian Naga dan Singa Negeri Perak dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Perak dan Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Seramai 245 orang peserta bertanding dalam kejohanan pada kali ini.Peserta yang hadir adalah daripada Pasukan Atlet Pelapis Negeri Perak dan dari seluruh daerah di Negeri Perak.Kejohanan ini mempertandingkan 11 acara iaitu :-

  1. NANQUAN          
  2. NANDAO                  
  3. NANGUN
  4. CHANGQUAN              
  5. QIANGSHU                  
  6. JIANSHU
  7. DAOSHU       
  8. GUNSHU
  9. TAIJIQUAN 
  10. TAIJIJIAN
  11.  SHANSHOY

Kejohanan ini bertujuan sebagai asas untuk   meletakkan ranking pelatih dalam  program pembangunan dan menilai tahap pencapaian atlet pelapis dan mengenalpasti bakat-bakat baru di seluruh daerah Negeri Perak.Atlet Pelapis Negeri Perak telah mengungguli kesemua acara yang dipertandingkan.



 

MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SUKAN WUSHU

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK


No comments:

Post a Comment