Tuesday, April 1, 2014

PROGRAM TALENTSPOT MEMANAH PERINGKAT NEGERI PERAK

Tarikh : 7 - 9 Mac 2014
Tempat : Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Negeri Perak


Laporan :
Program Talentspot Sukan Memanah Peringkat Negeri Perak telah diadakan 7 -
9 Mac 2014 bertempat di Jabatan Perkhidmatan Vaterinar negeri Perak.
Program 3 hari 2 malam ini telah diadakan dengan kerjasama daripada Majlis
Sukan Negara, Majlis Sukan Negeri Perak dan juga Persatuan Memanah Negeri
Perak.

Program seumpana ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru
dalam bidang sukan memanah secara amnya. Penyertaan yang diterima amat
menggalakkan dan turut disertai oleh pelatih-pelatih yang agak
berpengalaman yang berpusat di Ipoh bagi menggilap kembali asas-asas dan
teknik memanah.

Pada hari pertama, pendaftaran peserta diadakan seawal 8.30 pagi. Taklimat
program telah disampaikan oleh PKU Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perak
pada jam 3.30 petang setelah selesai solat Jumaat di Dewan Bulan Sabit
Merah dan diikuti Klinik Pengenalan Sukan Memanah oleh pihak persatuan.
Pada jam 8.30 malam sesi Pemakanan /Fisiologi dan Psikologi Sukan telah di
adakan oleh Unit Sains Sukan, Majlis Sukan Negeri Perak. Program pada hari
ini berakhir pada jam 10.00 malam

Pada hari kedua, TID telah diadakan oleh pasukan Institut Sukan Negara pada
jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahhari. Pada jam 3.30 petang sesi bersama
Ikon iaitu En. Abdul Hamid bin Ismail telah diadakan di Padang Jabatan
Perkhidmatan Vaterinar Perak. Jam 5.00 petang latihan rasmi untuk
pertandingan yang akan diadakan pada esok hari. Pada sebelah malam, satu
taklimat khusus tentang perubatan/Strength and Conditioning telah diberikan
oleh Unit USS Perak.

Pada hari ketiga, pertandingan telah diadakan mengikut kategori bawah 16
tahun dan bawah 12 tahun. Pertandingan bermula seawal 8.00 pagi dan
berakhir pada jam 3.00 petang.


NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI

No comments:

Post a Comment