Tuesday, October 8, 2013

Perbincangan bersama SK Taman Panglima - After School Program (Memanah)

Tarikh : 25 September 2013 / Rabu
Masa : 10.00  pagi
Tempat : SK Taman Panglima, Taiping
Kehadiran : 1. Penolong Kanan, SK Taman Panglima
                  2. Jurulatih - Zurina Azra

Laporan : -

Satu pertemuan telah diatur bagi membincangkan mengenai Program After School bagi sukan Memanah telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Panglima, Taiping dengan dihadiri oleh Penolong Kanan, Puan Rohana dan jurulatih Puan Zurina. 
Pihak MSNM telah memaklumkan serba sedikit mengenai program After School kepada pihak sekolah. Pihak pentadbiran juga sangat berbesar hati dan menerima program sebegini telah diadakan di sekolah tersebut. Pihak sekolah juga tiada halangan untuk membenarkan segala kemudahan yang ada di sekolah ini digunakan sekiranya perlu.
Hasil dari perbincangan dan pemerhatian, didapati sekolah ini tiada kemudahan padang yang sempurna. Bagi latihan short distance, latihan akan diadakan di sekolah SK Taman Panglima dan jika long distance, latihan akan diadakan di Kolej Vokasional Taiping. Jurulatih akan membawa sendiri pelatih ke kolej tersebut. Walaubagaimanapun, dimaklumkan sesi latihan sebegini memang telah menjadi kebiasaan di situ dan pihak kolej vokasional juga tidak menghalang latihan juga diadakan di situ.
Dari pemerhatian juga, peralatan yang ada di sini begitu minima dan semua peralatan disediakan oleh pihak sekolah. 

Sekian, dimaklumkan
--
NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PPN BADMINTON/TENPIN BOLING/LAWN BOWL
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK

No comments:

Post a Comment