Friday, September 20, 2013

TAKLIMAT PERJUMPAAN BERSAMA IBU BAPA DAN JURULATIH PROGRAM MY KIDS SOCCER NEGERI PERAK

Tarikh        : 17.09.2013
Masa         : 5.30 ptg - 6.45 ptg
Tempat      : Bilik Seminar MSN Perak
Kehadiran  : PKU USPTN Perak, KJRN,JSM (4 Org) dan Ibu Bapa (15 Org)

Antara perkara-perkara yang dibincangkan:

1. PERJUMPAAN PERTAMA BERSAMA JURULATIH MY KIDS SOCCER
    Peringatan dan makluman semasa tentang program kepada jurulatih:-
    - Tugasan dan tanggungjawab jurulatih terhadap program
    - Kehadiran dan juga ketepatan Masa ke sesi latihan
    - Elaun JSM / Kontrak JSM
    - Kejohanan yang akan disertai:-

      1) Kejohanan Bola Sepak 1MCC di Pulau Pinang
      2) My Kids  Peringkat Kebangsaan 2013
      3) Kejohanan Bola Sepak Champion of Champion

 1.1 .Lain lain Isu berbangkit yang di ajukan oleh JSM
    - Coach Kamarulzaman   - ketiadaan stor utk menyimpan peralatan untuk
                                           latihan pemain.
 
Maklum balas tentang perkara KJRN - 
Surat rasmi  telah dihantar melalui MSNPERAK kepada Guru Besar SK Tasek Damai memaklumkan tentang perkara ini dan pihak sekolah juga telah memberi balas perkara ini yang pihak sekolah tidak dapat menyediakan stor atau ruang yang boleh untuk menyimpan peralatan asas untuk peralatan latihan.

 - Coach Cikgu Najib - Beliau maklumkan situasi beliau yang terlalu sibuk dgn tugasan tambahan dengan melatih pemain di Sekolah Sukan Negeri. 
(SMK Gunung Rapat) 

Maklum balas KJRN - Memohon beliau membahagikan masa latihan program dengan latihan bola sepak di Sekolah Sukan Negeri
 - Beliau juga memaklumkan masalah mengumpulkan pemain yang berpotensi sebelum menyertai kejohanan peringkat kebangsaan.

2. PERJUMPAAN KEDUA BERSAMA IBUBAPA PEMAIN BWH 12 THN
- Pihak saya telah memaklumkan mengenai hala tujuan dan kesinambungan program pembangunan bola sepak Negara ini apabila pemain-pemain yang telah melebihi umur 12 thn.

 Antara yang dimaklumkan:-
 - Syarat Kemasukan ke Sekolah Sukan Negara,Sekolah Sukan Negeri dan Pusat Latihan Daerah (PLD) sukan Bola Sepak.

 - Persiapan pasukan dan pemilihan pemain untuk menghadapi kejohanan peringkat tinggi seperti liga 1MCC,My Kids Kebangsaan, dan juga syarat kelayakkan ke Kejohanan champion of champion.


Perkara yang dibangkitkan oleh Ibu Bapa : - 
a) Mengenai pengangkutan pemain dan siapa yang akan membawa pemain-pemain untuk menyertai Liga Bola Sepak 1MCC di Bukit Mertajam,Pulau Pinang.
Maklum balas KJRN- Pemain-pemain akan dibawa oleh jurulatih-jurulatih di dalam program dan beliau juga mengalu-alukan pihak ibubapa untuk turut serta membantu membawa pemain ini bagi memberi sokongan moral kepada pemain

b) Pihak Ibubapa juga memohon kepastian mengenai jangkamasa liga 1MCC di langsungkan
Maklum balas KJRN- Beliau memaklumkan liga ini akan dilangsungkan dalam jangka masa 7 minggu dan dijalankan setiap hari sabtu sahaja.

KJRN turut memaklumkan bajet perbelanjaan untuk menyertai kejohanan ini adalah dari sumbangan Exco Belia dan Sukan Negeri Perak iaitu Datuk Shahrul Zaman Bin Datuk Yahya dan En Zul dari Presiden Die Hard Fan Perak.

Sekian, Terima Kasih.

 
                                     

No comments:

Post a Comment