Thursday, August 29, 2013

PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT PELAPIS PERAK

LAPORAN PEMANTAUAN 

SUKAN : ANGKAT BERAT
Tarikh : 27 Ogos 2013
Masa : 4.00 Petang
Tempat : SMK Sri Kurau, Bagan Serai


Seramai 7 orang atlet hadir menjalani latihan pada sesi petang di Pusat Latihan SMK Sri Kurau, Bagan Serai. Jurulatih menjalankan latihan persiapan ke Kejohanan Angkat Berat Putrajaya yang akan diadakan pada 17 hingga 20 Oktober 2013 bertempat di Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya.

Pusat latihan di SMK Sri Kurau, Bagan Serai telah mengalami kebocoran paip di bawah tanah dan mengakibatkan platform latihan mengalami kerosakan di bahagian bawah. Perbincangan dengan Pengetua sekolah tersebut telah diadakan untuk memperbaiki segera kebocoran paip tersebut bagi mengelakkan kerosakan platform yang lebih teruk jika paip tersebut lambat diperbaiki.







No comments:

Post a Comment