Wednesday, September 30, 2015

PEMANTAUAN KEJOHANAN GIMNASTIK ZON TIMUR SIRI 2/2015

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

 

LAPORAN


Kejohanan Gimnastik Artistik Zon Timur Siri 2/2015 telah dijalankan pada 21-23hb Ogos 2015 bertempat di Gimnasium Sekolah Sukan Gambang,Pahang.Acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut :-


Lelaki


1. Senam Lantai

2. Kekuda Berpelana

3. Gelang

4. Melombol

5. Palang Sejajar

6. Palang Tunggal


Perempuan


1. Senam Lantai

2. Melombol

3. Palang Bertingkat

4. Batang Titian


Kejohanan ini adalah anjuran USPTN Pahang  bagi memberi peluang kepada atlet yang baru untuk mengikuti kejohanan dan Pasukan PLN Perak telah menyertai Kejohanan Zon Timur ini kerana tiada penganjuran dibuat di Zon Tengah.Berikut disertakan gambar dan keputusan kejohanan.




Terima Kasih


MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK

Friday, September 18, 2015

PEMANTAUAN PUSAT & LATIHAN TENIS

TARIKH : 22 OGOS  2015 (SABTU)
MASA  : 10.00 PAGI
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN MBI, IPOH

KEHADIRAN 

1. Anthony Louders

2. Jeff Leong Chee Wai

3. Mustafa Daud

4. Khairuddin

5. Khir Amiruddin

6. Persatuan Lawn Tennis Perak


LATIHAN
Tiada

UJIAN
 Tiada

PERTANDINGAN

2015 Merdeka Junior Tenis Tournament

KECEDERAAN
 Tiada

PERALATAN
1. Semua peralatan disediakan oleh pelatih sendiri.

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
Pertandingan Merdeka Junior Tenis 2015 diadakan pada 22 - 23 Ogos 2015. Pertandingan ini terbuka kepada seluruh pemain di negeri Perak dan sambutan yang diberikan amat memberangsangkan. Pertandingan ini diadakan setiap tahun dan diadakan pada bulan kemerdekaan. Antara acara yang dipertandingkaan adalah Mini Tennis, Bawah 8 Tahun, Bawah 14 Tahun dan Bawah 16 Tahun. Seramai 88 orang telah menyertai pertandingan ini dan pihak persatuan berharap agar pertandingan sebegini dapat di teruskan pada masa akan datang.


NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI,
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK,
MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK

PEMANTAUAN PUSAT & LATIHAN SKUASY

TARIKH :22 OGOS 2015 (SABTU)
MASA : 9.00 PTG
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN MBI, IPOH

KEHADIRAN 
1. Pannerchelvam a/l Kannan
2. Atlet : 14 orang

LATIHAN
1. Latihan pada hari ini 
    - Fitness
    - Running Court
    - Short Sprint
    - Fun Game

UJIAN
 Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

KECEDERAAN
 Tiada

PERALATAN
1. Semua peralatan disediakan oleh pelatih sendiri.

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
1. Kehadiran pelatih ke latihan kurang memuaskan.
2. Latihan kecergasan diadakan di kawasan padang berdekatan.
3. Pelatih dapat memberi komitmen yang baik semasa latihan.

Terima kasih

NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI,
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK,
MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK

PEMANTAUAN PUSAT & LATIHAN MENEMBAK

TARIKH : 13 OGOS 2015 (KHAMIS)
MASA  : 3.00 PETANG
TEMPAT : LAPANG SASAR MENEMBAK, JALAN LAHAT


KEHADIRAN 
1. En. Mazlan Bin Mohammad
2. E. ZAhrul Annuar Usaili
3. En. Lai Yew Chor (Presiden Persatuan Menembak Perak)
4. Puan Sabariah Arshad ( Setiausaha Eksekutif Persatuan Menembak Perak)
5. Puan Norhayati A.Rahman (PPN)
6. En. Felix Ho (Ketua Jurulatih Negeri)
7. En. Alais Naek Sulong (JPM)
8. Cik Nurul Husna (JSM)
9. Atlet : 17 orang

LATIHAN
1. Latihan pada hari ini 
    - Air Gun
    - Sport Prone
    - Free Pistol
    - Sport Pistol Excercise

UJIAN
 Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

KECEDERAAN
 Tiada

PERALATAN
1. Peralatan sedia ada

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
1. Kehadiran pelatih ke latihan agak memuaskan. 
2. Tiada laporan masalah disiplin dikalangan pelatih. Jurulatih berpuashati dengan komitment pelatih dalam latihan.
3. Pihak MSNPk telah menjalankan pemeriksaan  (audit) keatas semua senjata senjata dibawah MSNPk. Sebilangan besar senjata yang masih ada, masih boleh digunakan. Walaubagaimanapun, memandangkan semua senjata sedia ada sudah terlalu uzur dan selalu mengalami kerosakan, adalah dicadangakan supaya sebilangan senjata yang telah rosak perlu dilupuskan dan diganti dengan senjata baru.
4. Jurulatih memaklumkan perlu penambahan pakaian untuk raifle. 
5. Timbalan pengarah mengarahkan supaya senarai peralatan sedia ada dapat diberikan kepada pihak pengurusan bagi tindakan selanjutnya.

Sekian, dimaklumkan.


NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI,
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK,
MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK

PEMANTAUAN PUSAT & LATIHAN MENEMBAK

TARIKH : 9 OGOS 2015 (AHAD)
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : LAPANG SASAR MENEMBAK, JALAN LAHAT


KEHADIRAN 
1. Tuan Haji Musa Bin Dun (Pengarah)
2. En. Meor Shahriman Bin Meor Ahmad Kasri (Penolong Pengarah)
3. En. Zahrul Annuar Usaili (Pemangku Ketua Unit USPTN)
4. Puan Norhayati A.Rahman (PPN)
5. Mr. Lai Yew Chor (Presiden Persatuan Menembak Perak)
6. Puan Sabariah Arshad (Setiausaha Eksekutif Persatuan Menembak Perak)
7. En. Felix Ho (Ketua Jurulatih Menembak Perak)
8. En. Alais Naek Sulong (JPM)
9. Cik Nurul Husna (JSM)
10. Atlet : 43 orang

LATIHAN
1. Tiada latihan pada hari ini. Diadakan jamuan hari raya.
  
UJIAN
 Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

KECEDERAAN
 Tiada

PERALATAN
 Tiada

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
1. Kehadiran pelatih sangat memuaskan. 
2. Tiada laporan masalah disiplin dikalangan pelatih. Jurulatih berpuashati dengan komitment pelatih dalam latihan.
3. JSM memaklumkan kekurangan peluru .177 air pallet dan target pistol 25m dan memohon untuk kelulusan pembelian.
4. Jurulatih memaklumkan perlu penambahan pakaian untuk raifle. 
5. Perjumpaan bersama pengarah MSNPK telah diadakan bersama-sama dengan pelatih-pelatih sukma dan banyak perkara dapat diselesaikan.
6. Pengarah MSNPk mengarahkan supaya sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan latihan atau kebajikan atlet perlu dimaklumkan kepada pihak pengurusan dengan segera.

Terima kasih.

NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI,
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK,
MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK

PEMANTAUAN PUSAT & LATIHAN SKUASY

TARIKH :7 OGOS 2015 (JUMAAT)
MASA : 5.00 PTG
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN MBI, IPOH

KEHADIRAN 
1. Pannerchelvam a/l Kannan
2. Atlet : 12 orang

LATIHAN
1. Latihan pada hari ini 
    - Running Court
    - Short Sprint
    - Drill Backhand Drive
    - Drill courtrun 5 set

UJIAN
 Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

KECEDERAAN
 Tiada

PERALATAN
1. Semua peralatan disediakan oleh pelatih sendiri.

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
1. Kehadiran pelatih ke latihan kurang memuaskan. Latihan pada sesi petang diadakan pada pukul 4.00 petang (Coach Pannerchelvam) dan pada pukul 6.00 petang (coach Thomas) 
2. Pelatih dapat memberi komitmen yang baik semasa latihan. Kebanyakan pelatih yang hadir adalah dalam lingkungan umur bawah 14 tahun.
3. Pihak persatuan memberi kerjasama yang baik dan sentiasa memberi maklumat  sekiranya perlu.


Terima kasih

NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI,
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK,
MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK