Friday, April 26, 2013

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN RENANG

Tarikh : 25 April 2013

Masa : 7.00 malam

Tempat : Kolam Renang MBI

Kehadiran : 21 orang

Laporan

Latihan berjalan dengan lancar. Seramai 21 orang atlet telah hadir latihan.  Jurulatih memaklumkan tiada masalah sepanjang latihan yang dijalankan oleh jurulatih.  Jurulatih memaklumkan Kejohanan NSC/MILO/Sportexcel Junior Swimming Circuit (1st Leg) yang akan berlangsung pada 11 - 12 Mei 2013 atlet Negeri Perak tidak dapat menyertai kejohanan tersebut kerana kebanyakan atlet menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.
 
Laporan disediakan oleh
 
 
CHING LAI YEE
PPN Akuatik Negeri Perak
 

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN TERJUN

 
Tarikh : 22 April 2013
Masa : 5.30 petang
Tempat : Dry Gym MSNPK
Kehadiran : 9 orang
Laporan
Seramai 9 orang atlet yang hadir menjalani latihan.  Latihan yang dijalankan mengikut program latihan yang telah dirancang oleh jurulatih. 
 
Laporan disediakan oleh :
CHING LAI YEE
PPN Terjun Negeri Perak

Kejohanan 49th National Age Group Diving Championships 2013

Tarikh : 12 - 14 April 2013
Tempat : Pusat Akuatik Paroi, Seremban
 
Kejohanan 49th National Age Group Diving Championships 2013
Laporan Ringkas :
Pasukan Terjun Negeri Perak telah menyertai Kejohanan 49th National Age Group Diving Championships 2013 yang telah berlangsung pada 12 - 14 April 2013 bertempat di Pusat Akautik Paroi, Seremban.
 
Pencapaian atlet Negeri Perak
 
- 1 Emas
 
- 2 Perak 
 
- 2 Gangsa
 
1. Jasmine Lai Pui Yee - 1m Springboard - Emas
2. Kam Ling Kar - 1m Springboard - Perak
 
3. William Kum Weng Lun - 1m Springboard - Gangsa (351.50)
                                             3m Springboard - Gang sa (382.45)
                                             Platform - No. 5 (329.40)
 
4. Kua Chee Yeap - 1m Springboard - No. 5 (295.30)
                                 3m Springboard - No. 5 (372.60)
                                 Platform - No.6 (298.35)
 
Laporan disediakan oleh :
CHING LAI YEE
PPN Terjun Negeri Perak

Thursday, April 18, 2013

LATIHAN PASUKAN GIMNASTIK ARTISTIK PELAPIS PERAK

LAPORAN PEMANTAUAN 

SUKAN: GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh:  17 APRIL 2013

Masa: 4.00 Petang

Tempat: GIMNASIUM GIMNASTIK TAIPING


Seramai 21 orang atlet hadir menjalani latihan sempena Kejohanan Gimnastik Artistik MSSPk yang sepatutnya berlangsung pada 27 April 2013 tetapi telah ditunda pada 11 Mei 2013. Kejohanan tersebut juga akan menjadi pemilihan atlet-atlet terbaik untuk diserapkan ke dalam Program Pelapis Negeri Perak.

LATIHAN PASUKAN OLAHRAGA PELAPIS PERAK

LAPORAN PEMANTAUAN 

SUKAN: OLAHRAGA

Tarikh:  17 APRIL 2013

Masa: 5.45 Petang

Tempat: SMJK HUA LIAN, TAIPING


Latihan dijalankan sebagai persiapan ke Kejohanan Olahraga Terbuka Perak yang akan diadakan pada 27 hingga 28 April 2013. Kebanyakkan atlet-atlet juga telah terlibat dengan Kejohanan MSSPk yang telah diadakan pada 11 hingga 15 April 2013 bertempat di Stadium Mini, SMK Gunung Rapat, Ipoh, Perak.

LATIHAN PASUKAN ANGKAT BERAT PELAPIS PERAK

LAPORAN PEMANTAUAN 

SUKAN: ANGKAT BERAT

Tarikh:  16 April 2013

Masa: 4.00 Petang

Tempat: SMK Sri Kurau, Bagan Serai


Seramai 14 orang atlet hadir menjalani latihan pada sesi latihan ini. Latihan yang dijalankan mengikut program latihan seperti yang telag dirancangkan oleh jurulatih. Jurulatih memohon agar dapat disediakan bar wanita di pusat tersebut memandangkan latihan yang dijalankan kepada atlet wanita menggunakan bar lelaki.

Thursday, April 11, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN BASIKAL

Tarikh       : 10.4.2013
Masa        : 5.30 petang
Tempat     : Dewan Wisma MSN Perak
Kehadiran : 7 Orang
Jurulatih    : En.Hishamuddin Bin Mohd Zaki

Laporan:-

Latihan di jalankan dengan menggunakan roller kerana hari hujan lebat dan cuaca yang buruk.


ZAHRUL ANNUAR BIN USAILI
PEMANGKU KETUA UNIT
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI


Friday, April 5, 2013

PEMANTAUAN SUKAN BASIKAL

Tarikh : 4 April 2013
Masa  : 8.15 pagi
Tempat: Majlis Sukan Negeri Perak
Kehadiran : 6 org
Jurulatih : En.Hishamuddin Bin Mohd Zaki

Laporan:
Jurulatih memaklumkan program latihan pada sesi pagi adalah seperti berikut:-
1) Streching (10 Min)
2) Jarak 70 KM E1 39 x 17-19
                       E2 39 x15
En.Hishamuddin memaklumkan seorang atlet tidak sihat kerana batuk dan yang lain adalah baik serta menunjukan komitmen yang baik dalam sesi latihan


Laporan disediakan:

ZAHRUL ANNUAR BIN USAILI
PEMANGKU KETUA UNIT
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI