Wednesday, February 29, 2012

LATIHAN HARIAN SUKAN ANGKAT BERAT

Tarikh   : 19 Februari 2012
Masa    : 9.30 pagi
Tempat : Drygym MSNPk, Ipoh


Latihan dikendalikan oleh En. Ahmad bin Lebai Jamaluddin dan En. Mohd Firdaus bin Mohd Hussin. Kehadiran atlet seramai 15 orang menjalani latihan  pada sesi latihan ini. latihan yang dijalankan lebih tertumpu  kepada teknik angkatan Snatch dan Clean N Jerk.

Pemantauan Latihan Sukan Renang

29 Feb 2012 (0700) @ Kompleks Renang MBI, Ipoh

Bil atlet: 13 orang
J/latih. : En Zhao Jiong Xing

Latihan pada pagi ini berlangsung seperti biasa di bawah seliaan JLN. Pada sesi ini beliau lebih memberi fokus kepada 'stroke' mengikut kelebihan para atlet sebagai persediaan menghadapi MSSM yang akan berlangsung pada 11 - 17 Mac 2012 di Negeri Sabah.

Monday, February 27, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN DAN KEJOHANAN DALAMAN SUKAN BERBASIKAL

TARIKH                           :   26 FEB 2012
MASA                             :   9.30 - 11.00 PG
TEMPAT                          :  JALAN UTAMA BATU GAJAH-GOPENG
KEHADIRAN PESERTA    :  22 ORANG 
                                          (12 Org pelapis Negeri Perak , 4 Org Pelapis Serantau Ipoh
                                           6 Org- Private Kelab)


LAPORAN PERTANDINGAN:-

Satu Kejohanan Dalaman berbasikal lebuhraya telah di anjurkan oleh Kelab komuniti Ibu bapa atlet berbasikal pelapis Negeri Perak.

Objektif kejohanan ini di adakan bertujuan:- 
a) bagi memberi pendedahan kepada atlet pelapis Negeri Perak merasai susana pertandingan yang sebenar. 
b) mewujudkan budaya persaingan antara satu sama lain.

Peserta terdiri:-
Kejohanan ini telah disertai oleh atlet Pelapis Negeri Perak,Pelapis Serantau Ipoh dan Kelab Berbasikal Private Batu Gajah dan Kelab Berbasikal dari Ipoh.

Jarak pelumbaan kejohanan ini adalah sejauh 60KM (15 KM x 4 Pusingan).

Kejohanan ini mendapat kerjasama yang baik dari bapa atlet pelapis yang bertugas menjadi pegawai lalulintas dan memberi sumbangan hadiah berupa hamper.Hamper di taja oleh  Syarikat Suraya Enterprise.

Berikut adalah pemenang pertandingan tersebut:-

1) Juara     -  Afiq Husainie        (Pelapis Serantau Ipoh)
2) N. Juara -  Low Ji Meng        (Pelapis Serantau Ipoh)
3) Ketiga    -  Izwandie Lakasek( Pelapis Serantau Ipoh)
4) Ke-4       -  Imran Zubir           (Pelapis Serantau Ipoh)

Kejohanan ini dijalankan sebulan sekali pada setiap bulan serta mengikut kesesuaian jadual kejohanan sekiranya tidak menyertai sebarang pertandingan pada bulan tersebut.



ZAHRUL ANNUAR BIN USAILI
USPTN PERAK
MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA




Saturday, February 25, 2012

Pemantauan Latihan Sukan Memanah dan Sesi Bertemu Ibu/ Bapa/Penjaga Atlet Terpilih ke Prog. PS

25 Februari (1030) @ SMK Tun Saban, Pengkalan Hulu

Seramai 8 orang atlet hadir pada sesi latihan ini dengan dipantau oleh jurulatih En. Md. Razali Hasan. Kehadiran pada sesi ini agak kurang memandangkan hari ini merupakan sesi persekolahan ganti (replacement) seluruh negeri Perak.

Selain itu, pihak USPTN mengambil kesempatan ini untuk bertemu dengan 3 orang atlet serta ibu/bapa/penjaga yang terpilih ke program PS di Pulau Pinang bagi menyampaikan maklumat berkaitan program tersebut.

Pemantauan Latihan Sukan Renang

25 Februari 2012 (0645) @ Gimnasium MSNPk, Ipoh

Latihan bebanan pada sesi ini hanya dihadiri oleh 4 orang atlet sahaja memandangkan atlet-atlet yang lain terlibat dengan sesi persekolahan (ganti/replacement). Sesi ini dikawal selia oleh jurulatih En. Kwah Huat Kong.

Friday, February 24, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN BERBASIKAL


TARIKH              : 22 FEB 2012 (SELASA)
MASA                : 4.00 PTG
TEMPAT            : MSNPK
KEHADIRAN      : 6 ORANG


LAPORAN

Latihan di jalankan seperti biasa.atlet-atlet memberi komitmen yang baik bagi menjalani sesi latihan harian.
Jurulatih memaklumkan ada beberapa orang atlet tercedera semasa latihan di jalankan pada hari Ahad yang lalu
Jurulatih mengarahkan supaya atlet yang cedera pergi membuat rawatan dari Unit Sains Sukan Negeri Perak.
Tiada masalah displin bagi atlet-atlet ini.Tiada Isu yang di bangkitkan oleh jurulatih dan atlet.




ZAHRUL ANNUAR BIN USAILI
USPTN PERAK
MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Kursus sains sukan tahap 1 msn

24 feb 2012 - seramai 63 orang jurulatih telah mengikuti kursus sains sukan tahap 1 di bangunan suk perak bermula pada 20 hingga 24 feb 2012. Semoga keseluruhan peserta yang terlibat lulus bagi kursus kali ini.

Thursday, February 23, 2012

Tahniah Encik Zahrul Annuar bin Haji Usaili di atas penganugerahan perkhidmatan cemerlang 2011

23 feb 2012 - Usptn Perak ingin mengucapkan tahniah kepada encik zahrul annuar bin haji usaili di atas penganugerahan perkhidmatan cemerlang Kementerian Belia dan Sukan 2011 yang berlangsung pada hari ini di PICC PUTRAJAYA.

Tuesday, February 21, 2012

Pemantauan Latihan Harian - Lawn Bowls

Tarikh : 20.2.2012 (Isnin)
Masa : 5.30 petang
Tempat : Gelanggang Lawn Bowls
 
Laporan :
 
Latihan pada hari ini adalah untuk persediaan menghadapi Kejohanan Harimau Cup 2012 yang akan berlangsung di Bukit Kiara. Seramai 10 orang pelatih yang hadir pada hari ini. Sedikit perbincangan dengan jurulatih dan setiausah persatuan mengenai latihan pada tahun ini dan juga perancangan untuk mengadakan Kejohanan Dalaman untuk pelatih lawn bowls.
Puan Zoraini memaklumkan semua pelatih SUKMA telah menerima supplement daripada Unit Sains Sukan MSNPk dan. Tiada masalah disiplin dan semua pelatih dapat menjalankan latihan dengan baik. Beliau juga memaklumkan jadual latihan akan berubah dari masa ke semasa kerana masalah cuaca. Latihan pada waktu malam juga kadangkala perlu diadakan kerana sebagai persedian awal untuk menghadapi kejohanan. Terima kasih.

--
NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PPN BADMINTON/TENPIN BOLING/LAWN BOWL
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK
MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK
ARAS 1, WISMA MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK,
KOMPLEKS SUKAN BANDARAYA IPOH,
JALAN GHAZALI JAWI,
31400 IPOH,
PERAK
TEL : 05-5478885
FAX : 05-5476885

Monday, February 20, 2012

Pemantauan Latihan Sukan Terjun

20 Februari 2012 (1730) @ Dry Gym MSNPk, Ipoh

Seramai 17 orang atlet (3 senior & 14 junior) hadir pada sesi petang ini dengan dipantau oleh jurulatih En. Nor Aznizal Najib.

Latihan: Teknik asas

Pemantauan Latihan Harian - Badminton

Tarikh : 19 Februari 2012 ( Ahad )
Masa : 11.15 pagi
Tempat : Akademi Badminton Jelapang, Meru Raya
 
Laporan:
 
Latihan hari berjalan seperti biasa.Hanya 6 orang sahaja yang hadir pada pagi ini kerana  sebilangan besar pelatih terlibat dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak. Hanya perbincangan ringkas diadakan bersama jurulatih berkaitan Kejohanan Sirkit Kebangsaan Proton - Selangor Open yang akan diadakan pada 22 - 26 Februari 2012 dan juga berkaitan penambahan pelatih bagi tahun 2012. Sekian dimaklumkan 

--
NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PPN BADMINTON/TENPIN BOLING/LAWN BOWL
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TINJU

TARIKH          :   17 FEB 2012
MASA            :   5.30 PTG
TEMPAT         :   DRY GYM MSNPK
KEHADIRAN   :   10 ORANG
JURULATIH     :    EN SAIFUDDIN BIN MURAD


LAPORAN

Latihan dijalankan sesi petang ini melibatkan pelajar yang berada di tingkatan 2 - 5.Atlet yang baru menyertai program latihan ini menunjukan kesungguhan yang baik dan mengikuti setiap arahan yang telah jurulatih berikan.Tiada masalah dari segi disiplin.




ZAHRUL ANNUAR BIN USAILI
USPTN PERAK
MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN BERBASIKAL


TARIKH       : 17 FEB 2012
MASA         : 10.00 PAGI
TEMPAT      : WISMA MSNPK
KEHADIRAN: 4 ORANG
JURULATIH  : EN HISHAMUDDIN BIN MOHD ZAKI

LAPORAN

Latihan di jalankan seperti biasa dan sesi latihan dijalankan sebelah bagi untuk atlet yang bersekolah di waktu petang iaitu pelajar bagi Tingkatan 1.Atlet menunjukan komitmen yang baik dalam sesi latihan dan ada seorang atlet yang tercedera dan telah mendapatkan rawatan di Unit Sains Sukan Negeri Perak.Jurulatih memaklumkan atlet-atlet ini perlu diberi perhatian yang lebih utama memandangkan mereka mempunyai pontesi yang baik sebagai pelumba Negeri Perak.




ZAHRUL ANNUAR BIN USAILI
USPTN PERAK
MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA