Tuesday, January 31, 2012

LATIHAN PASUKAN MENEMBAK NEGERI PERAK

Tarikh    : 27 Januari 2012
Masa      : 1030
Tempat  : Pusat Latihan Menembak Lahat

Latihan dijalankan oleh kedua-dua jurulatih iaitu En. Felix Ho dan Cik Husna. Kehadiran atlet seramai 17 orang hadir pada sesi latihan ini. Latihan yang dijalankan lebih tertumpu kepada persiapan ke Kejohanan Menembak 1st Malaysian Junior yang akan diadakan pada 2 - 5 Februari 2012 bertempat di Lapang Sasar Subang, Selangor.

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN ANGKAT BERAT

Tarikh    : 26 Januari 2012
Masa      : 1615
Tempat  : Pusat Latihan Angkat Berat SMK Sri Kurau, Bagan Serai

Latihan dijalankan oleh jurulatih (En. Mohd Firdaus bIn Mohd Hussin). Kehadiran atlet seramai 7 orang hadir pada sesi latihan ini. Pemantauan turut dihadiri oleh Ketua Unit USPTN Perak (En. Meor Shahriman). Perbincangan ringkas telah diadakan bersama dengan Pengetua SMK Sri Kurau bagi menerangkan serba sedikit berkenaan dengan Program Pelapis Sukan Angkat Berat.   

Pemantauan Latihan dan Majlis Penyerahan Geran Bantuan Kewangan kepada PLN SMK Tun Saban, Pengkalan Hulu

31 Januari 2012 (0720) @ SMK Tun Saban

Majlis ini dianjurkan oleh pihak MSN dan USPTN Perak dengan kerjasama JPN Perak dalam usaha membangun dan meningkatkan prestasi sukan memanah di Negeri Perak.

Antara yang hadir antaranya:

1) Ketua Sektor (Pembangunan) JPN Pk
2) PPD dan Timb. PPD Hulu Pk
3) KU Unit Sukan JPN Pk
4) KU USPTN Pk
5) Pengetua Sekolah

Saturday, January 28, 2012

Pemantauan Latihan Sukan Terjun

28 Jan 2012 (0830) @ Dry Gym MSNPk, Ipoh

Seramai 16 orang atlet menjalani latihan pada sesi pagi ini dengan dikendalikan oleh 2 orang jurulatih.

Selain itu, beberapa perkara turut dibincangkan bersama jurulatih antaranya:
1) Persiapan SUKMA 2012
2) Pemilihan atlet ke Pelapis Kebangsaan
3) Program Pelapis Negeri

Friday, January 27, 2012

Pemantauan Latihan Sukan Renang

27 Jan 2012 (0730) @ Komp. Renang MBI, Ipoh

Seramai 22 orang atlet hadir pada pagi ini di bawah seliaan 2 orang jurulatih iaitu En. Zhao Jiong Xing dan En. Kwah Huat Kong. Masa latihan sesi pagi pada minggu ini dilanjutkan sehingga ke pukul 8 pagi kerana cuti sambutan Tahun Baru Cina dan akan bertukar kepada jadual asal bermula minggu hadapan apabila sesi persekolahan bermula.

Thursday, January 26, 2012

Laporan Evaluation Program U12 Perak


































Tarikh : 21 Januari 2012 - Sabtu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Ampang Superbowls, Ipoh Parade

Laporan :

Seramai 32 orang murid yang hadir pada sesi ini. Sesi pemilihan ini diadakan adalah untuk memilih pelatih bawah umur 12 tahun bagi diserapkan di bawah program jangka panjang iaitu ' Program Latihan Bawah 12 Tahun Perak'. Program ini adalah hasil inisiatif Majlis Sukan Negeri Perak untuk merangka dan melatih bakat baru secara intensif untuk jangka masa panjang. Program ini adalah dibawah pembiayaan MSNPk sepenuhnya dengan bantuan Unit Prestasi Tinggi Negeri dan dijangka akan memulakan latihan pada bulan Februari 2012 nanti. Seramai 20 orang pelatih telah terpilih dalam sesi pemilihan ini. Jurulatih daripada USPTN akan membantu dari segi merangka program latihan. Berikut adalah senarai pelatih yang terpilih :

Lelaki
1. Chong Yew Jin (9 tahun)
2. Aififuddin Bahanoddin (9 tahun)
3. Raja Mohamad Hazim Raja Mazlan ( 8 tahun)
4. Fong Yong Kang (11 tahun)
5. Al-Firdaus Zaidin (11 tahun)
6. Muhamad Asyraf (10 tahun)
7. Nurman Hakimie Mohd Hussin (8 tahun)
8. Muhamad Danial Hakim Rusman (10 tahun)
9. Syaakir Ameer Roslan ( 11 tahun)
10. Muhammad Akmal Haikal Rasid (10 tahun)

Perempuan
1. Nur Elisha Mohd Ismail (11 tahun)
2. Loh Pui Hua ( 10 tahun)
3. Syarifah Aishah Farhana Syed Rahim (11 tahun)
4. Nur Izzatul Nisa Abdul Hamid (10 tahun)
5. Jessica Ting Shuet Yee (10 tahun)
6. Nor Baitul Ayu Atisya Mohamad Ayob (11 tahun)
7. Tuan Hana Sufea Tuan Zambri ( 9 tahun)
8. Nur Fatihah Hanani Zailani ( 10 tahun)
9. Siti Nur Farhani Zainal Abidin (11 tahun)
10. Nor Atiqah Syauqinah ( 9 tahun)

Tahniah kepada yang terpilih.

--
NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PPN BADMINTON/TENPIN BOLING/LAWN BOWL
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK
MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK
ARAS 1, WISMA MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK,
KOMPLEKS SUKAN BANDARAYA IPOH,
JALAN GHAZALI JAWI,
31400 IPOH,
PERAK
TEL : 05-5478885
FAX : 05-5476885

Laporan National Evaluation 2012














Tarikh : 19 Januari 2012 - Khamis
Masa : 6.00 petang
Tempat : Ampang Superbowls, Ipoh Parade

Laporan :

National Evaluation telah berjaya dijalankan dengan lancar dan teratur pada masa dan waktu yang telah ditetapkan. Seramai 51 orang (35 lelaki dan 16 perempuan) terlibat dalam sesi pemilihan ini. 23 orang pelatih USPTN pada tahun 2011 hadir pada kali ini. Sesi pendaftaran berjalan lancar. Evaluation pada kali ini dikendalikan oleh wakil MTBC, En. George dan sesi penilaian dijalankan oleh En. Azidi bin Ameran. Setakat hari ini, jumlah pelatih yang terpilih untuk program Pelapis Negeri adalah yang paling ramai diantara negeri yang telah dinilai iaitu seramai 29 orang. Berikut adalah senarai pelatih yang terpilih.

AAA
1. Syed Mohammad Asyraf Aiman Syed Mokhtar
2. Faiz Miza Yop Zain
3. Arif Fauzi Shah
4. Muhammad Firdaus Norhazamin
5. Tun Ameerul Ashraf Tun Hasnul Azam
6. Mohamad Farhan Azri Mohamad Ariff
7. Muhammad Azim Norhisham
8. Afiq Irsyaduddin Bahanoddin
9. Nur Fadhlin Arisya Mohamad Ariff
10. Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam
11. Nurul Aina Syakirah Khairil Anwar

AA
1. Mohd Erwin Daniel Mohamad Ali
2. Nur Fatin Syahirah Syamsul Baharin
3. Muhamad Danial Pauzi
4. Muhammad Fithri Malek Faisal
5. Nor Rafidah Hashim
6. Muhammad Shaifullah As-syaari
7. Wan Mohammad Aiman Wan Fikri
8. Mohammad Zulhilmie Mohd Ghazali
9. Mohammad Farhan Mohd Ismail
10. Nur Dayana Mohd Rafi
11. Nur Fakhira Rahim
12. Mohd Faizul Md Saleh
13. Nur Ika Syazwani Kamarul Zaman
14. Muhammad Aidil Afif Mohd Yasir
15. Nur Iwani Mohammad Kamil
16. Muhammad Firdaus Zulmukhshar
17. Mohammad Aiman Arith Mohd Ayob
18. Muhammad Asyraf Bin Hasmadi

Tahniah diucapkan kepada yang terpilih.

--
NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PPN BADMINTON/TENPIN BOLING/LAWN BOWL
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK
MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK
ARAS 1, WISMA MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK,
KOMPLEKS SUKAN BANDARAYA IPOH,
JALAN GHAZALI JAWI,
31400 IPOH,
PERAK
TEL : 05-5478885
FAX : 05-5476885

Pemantauan Pre-Evaluation Tenpin Boling





Tarikh : 18 Januari 2012 - Rabu
Masa : 3.00 petang
Tempat : Ampang Superbowls, Ipoh Parade

Laporan :

Pre Evaluation ini diadakan bagi penilaian dalaman untuk program National Evaluation. Surat hebahan untuk program ini dihantar melalui Jabatan Pelajaran Negeri untuk hebahan kepada semua sekolah. Seramai 7 orang sahaja yang hadir yang kesemuanya adalah pelatih belum mahir dalam sukan ini. Pihak MSNPk, Persatuan dan USPTN terlibat dalam sesi ini. Sekian, untuk makluman

--
NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PPN BADMINTON/TENPIN BOLING/LAWN BOWL
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK
MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK
ARAS 1, WISMA MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK,
KOMPLEKS SUKAN BANDARAYA IPOH,
JALAN GHAZALI JAWI,
31400 IPOH,
PERAK
TEL : 05-5478885
FAX : 05-5476885

Pemantauan Latihan Sukan Badminton




Tarikh : 18.1.2012 / Rabu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Akademi Badminton Jelapang

Laporan ;

Latihan harian berjalan mengikut program yang telah diatur. 9 orang atlet yang hadir pada pagi ini. Perbincangan ringkas mengenai pemilihan atlet SUKMA diadakan bersama jurulatih, En. Zambri dan perancangan latihan untuk tahun 2012. Beliau akan ke pejabat MSNPk untuk menyerahkan senarai nama pelatih untuk kekejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Peringkat Pertama di Perlis untuk proses menyediakan cuti tanpa rekod . Sekian dimaklumkan

--
NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PPN BADMINTON/TENPIN BOLING/LAWN BOWL
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK
MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK
ARAS 1, WISMA MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK,
KOMPLEKS SUKAN BANDARAYA IPOH,
JALAN GHAZALI JAWI,
31400 IPOH,
PERAK
TEL : 05-5478885
FAX : 05-5476885