Monday, November 28, 2011

Kem Terjun Pelapis 2011

Tarikh: 28 November - 3 Disember 2011
Tempat: Bukit Jalil, K. Lumpur

Seramai 12 orang atlet dari Negeri Perak terpilih ke kem pada kali ini bersama dua orang jurulatih iaitu Pn. Zhou Xi Yang dan En. Nor Aznizal Najib. Mereka akan berkampung di Bukit Jalil selama lebih kurang 6 hari bagi mendalami dan mempelajari ilmu dan pengetahuan dalam sukan terjun disamping mengukur tahap kemampuan diri setelah berlatih sejak sekian lama.

Wednesday, November 23, 2011

Kejohanan Berbasikal Trek Pelapis Peringkat Kebangsaan 2/2011

@ Veledrom Rakyat, Ipoh (22 - 25 November 2011.

Datanglah beramai-ramai menyaksikan bakat muda pelumba harapan Negara :)

Tuesday, November 22, 2011

Latihan Pusat SUKMA 2012 Bil. 1/11

21 - 30 November 2011

Tahniah Eija :)

Pn. Saliza Abdul Hamid (PPN) telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki (Muhammad Rayyan) pada 20 Nov 2011 pada pukul 8 malam di Pusat Perubatan Ar-Ridzuan, Ipoh.

Tahniah dari kami warga USPTN Perak :)

Wednesday, November 16, 2011

UJIAN KECERGASAN SUKAN MENEMBAK USPTN PERAK

TARIKH : 13 NOVEMBER 2011
MASA : 9.30 PAGI
TEMPAT : LAPANG SASAR MENEMBAK LAHAT, PERAK
KEHADIRAN : 21 ATLET
 
Laporan ringkas
 
USPTN Perak dengan kerjasama Unit Sains Sukan MSN Perak telah mengadakan Ujian Kecergasan atlet Sukan Menembak pada 13 November 2011 bertempat di Lapang Sasar Menembak Lahat, Perak.  Seramai 21 orang atlet PLN telah menghadiri ujian tersebut.  Tahap kecergasan atlet pada ujian tersebut menunjukkan peningkatan dari masa ke semasa.  Atlet yang tidak dapat menghadiri ujian tersebut atas sebab menduduki peperiksaan SPM.
 
 
 
CHING LAI YEE
SDO MENEMBAK

Saturday, November 12, 2011

Kej. Berbasikal Trek Sirkit Bulanan 2011

@ Velodrom Rakyat, Ipoh (12 Nov 2011)

Kejohanan Renang Tertutup Perak 2011

@ Kompleks Renang MBI, Ipoh (12 - 13 Nov 2011)

Disempurnakan oleh: Y. Bhg. Dato' Dr. Zakaria b. Abdul Kadir (Presiden Per. Renang Amator Perak)

Kej. Taekwondo (WTF) Antara Sekolah Perak ke-31 & Kej. Taekwondo (WTF) PTNP-MSN Perak Tertutup ke-30

@ Wisma MSN Perak, Ipoh (12 - 13 Nov 2011)

Disempurnakan oleh: YB Dato' Seri Hj. Ahmad Husni b. Hanadzlah (Menteri Kew II / Ahli Parlimen Tambun)

Friday, November 11, 2011

Kejohanan Renang Tertutup Perak 2011

@ Kompleks Renang MBI, Ipoh
Tarikh: 12 - 13 November 2011

Penganjur: Persatuan Renang Amator Perak (ASAP)
Dengan kerjasama: Majlis Sukan Negeri Perak & Majlis Bandaraya Ipoh
Peserta: 215 orang

Laporan Kejohanan Dalaman Lawn Bowls 2011

Tarikh : 22 Oktober 2011
Masa : 8.00 pagi - 7.00 petang
Tempat : Gelanggang Lawn Bowls Ipoh, Jabatan Belia & Sukan Perak
Peserta : 43 orang


Pada 22 Oktober 2011, pihak Unit Sukan Prestasi Tinggi dengan bantuan Persatuan Lawn Bowls Perak telah berjaya menganjurkan Pertandingan Dalaman bagi Sukan Lawn Bowls buat kali pertama. Pertandingan julung-julung kalinya diadakan telah disertai seramai 43 orang . Pertandingan ini diadakan pada jam 8.00 pagi hingga jam 7.00 petang.

Antara acara yang dipertandingkan adalah Single Bawah 12 tahun dan Bergu Campuran Bawah Umur 21 Tahun. Bagi acara single perlu bermain sebanyak 9 Ends dan Mixed Pairs perlu bermain 6 Ends. Sesi  Penyampaian hadian telah disempurnakan oleh Setiausaha Persatuan Lawn Bowls Perak, Puan Zoraini Abdul Mutalib.

Berikut adalah senarai pemenang bagi kejohanan ini :

SINGLES U12 LELAKI

JOHAN   
Ahmad Zikry Bin Sazeli
NAIB JOHAN 
Ezrul Fazuan Bin Rohaizat
TEMPAT KE-3 
 Ezrul Farhan Bin Rohaizat
TEMPAT KE-4
 Mohd Thahir Bin Rosli

SINGLES U12 PEREMPUAN

JOHAN
 Nur Shukrina Ummiyah Bt Zulkarnain
NAIB JOHAN
 Nurul Naelah Bt. Borhan
TEMPAT KE-3
Suriani Bt. Rosli
TEMPAT KE-4
Nuramni Nabila Bt. Razlan

BERGU CAMPURAN

JOHAN
 Ahmad Zikry Bin Sazeli & Nor Sharmimi Azmi
NAIB JOHAN
 Mohd Afnan Farhan Bin Azmi & Nurul Naelah Borhan
TEMPAT KE-3
Muhammad Lokman Mohd Isa & Wan Nur Mawaddah Zulkifli
TEMPAT KE-4
Muhammad Naqiuddin Bin Borhan & Nor Dalila Azmi


Sekian, untuk makluman...




--
NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PPN BADMINTON/TENPIN BOLING/LAWN BOWL
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK
MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK
ARAS 1, WISMA MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK,
KOMPLEKS SUKAN BANDARAYA IPOH,
JALAN GHAZALI JAWI,
31400 IPOH,
PERAK
TEL : 05-5478885
FAX : 05-5476885