Monday, October 31, 2011

Pemantauan Latihan Harian Tenpin Boling pada 24 Oktober 2011


TARIKH : 24 Oktober 2011
MASA : 4.00 petang
TEMPAT : Ampang Superbowls, Ipoh Parade
KEHADIRAN : 20 Orang

Latihan pada hari ini berjalan mengikut program dan silibus yang telah ditetapkan. Sepanjang pemantauan dijalankan, semua pelatih dapat menerima dan mempraktikkan latihan yang diajar oleh jurulatih. Kehadiran bagi jurulatih juga penuh. Maklumbalas daripada pihak ibubapa juga memuaskan.

Pada hari ini, semua pelatih menjalankan latihan :
     - Pocket
     - Game
     - Target (Average)

Sekian, untuk makluman. 
--
NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PPN BADMINTON/TENPIN BOLING/LAWN BOWL
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK
MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK
ARAS 1, WISMA MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK,
KOMPLEKS SUKAN BANDARAYA IPOH,
JALAN GHAZALI JAWI,
31400 IPOH,
PERAK
TEL : 05-5478885
FAX : 05-5476885

Tuesday, October 25, 2011

Kem Latihan Bersama Sukan Memanah Negeri Perak & P. Pinang

@ SMK Tun Saban, P. Hulu (1200)

Majlis penutup program disempurnakan oleh En. Meor Shahriman bin Meor Ahmad Kasri. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Recurve (L): Nur Arif Azli (Perak)
Recurve (P): Loke Shin Hui (PP)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kem Latihan Bersama Sukan Memanah Negeri Perak & P. Pinang

@ SMK Tun Saban, P. Hulu

Mini Competition double 30 m


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kem Latihan Bersama Sukan Memanah Negeri Perak & P. Pinang

@ SMK Tun Saban, P. Hulu (0700)

Hari 3 - Sesi hari ini dimulakan dengan perhimpunan dan senaman pagi. Semua atlet terlibat dan bersemangat untuk menamatkan hari terakhir ini dengan menyertai 'mini competition' yang dijadualkan pada pukul 8 pagi. Format pertandingan ini ialah 'double 30m' dan dijangka tamat pada pukul 12 tghari.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, October 24, 2011

Kem Latihan Bersama Sukan Memanah Negeri Perak & P. Pinang

@ SMK Tun Saban, P. Hulu (1430 - 1800)

Sesi petang dimulakan dengan latihan bebas mengikut jarak yang ditetapkan oleh jurulatih. Seterusnya sesi ujian kecergasan fizikal yang dikendalikan oleh Unit Sains Sukan MSN Perak. Para atlet dilihat memberi komitmen yang baik.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kem Latihan Bersama Sukan Memanah Negeri Perak & P. Pinang

@ SMK Tun Saban, P. Hulu (0830)

Program diteruskan dengan sesi latihan bebas dengan dipantau oleh para jurulatih. Antara jurulatih yang terlibat ialah Coach Razali, Coach Jeff, Coach Shamani, En. Aziz (PP) dan En. Ramli (PP). Sesi ini dimulakan dengan latihan untuk jarak 30m.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kem Latihan Bersama Sukan Memanah Negeri Perak & P. Pinang

@ SMK Tun Saban, Pengkalan Hulu (0700)

Hari 2 - Program hari ini dimulakan dengan perhimpunan dan senaman pagi. Semua atlet hadir bersama barisan kejurulatihan dari kedua-dua negeri.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, October 23, 2011

Kem Latihan Bersama Sukan Memanah Perak & P. Pinang

@ SMK Tun Saban, Pengkalan Hulu

Seramai 50 orang atlet dari kedua-dua negeri terlibat dalam kem ini. Ini merupakan sesi pertama pada hari pertama iaitu taklimat mengenai program (kem) yang disampaikan oleh SDO dan jurulatih.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, October 20, 2011

Pemantauan Latihan Sukan Terjun

@ Kompleks Renang MBI, Ipoh (0830)

Sesi pada pagi ini berjalan seperti biasa di bawah seliaan 2 orang jurulatih. Wakil Cawangan Kejurulatihan MSNM iaitu Cik Jeslina turut hadir untuk pemantauan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, October 19, 2011

Pemantauan Latihan Sukan Terjun

@ Dry Gym MSNPk, Ipoh (0820)

Latihan pada pagi ini diteruskan seperti biasa dengan kehadiran 8 orang atlet. Selebihnya akan hadir pada sesi petang yang akan bermula pada pukul 3.

Lawatan pada pagi ini turut dihadiri oleh wakil dari Cawangan Kejurulatihan MSNM iaitu Cik Jeslina yang akan mendapatkan sedikit maklumat mengenai sukan terjun di Negeri Perak.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, October 18, 2011

Pemantauan Latihan Sukan Terjun

@ Kompleks Renang MBI, Ipoh

Lawatan sesi kali ini turut dihadiri oleh KU USPTN. Beberapa perkara turut dibincangkan antaranya:

1. Kehadiran atlet
2. Program latihan
3. Karnival Pelapis 2/2011
4. SUKMA 2012
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, October 15, 2011

PEMANTAUAN PLN SUKAN RENANG



15 OKT 2011 - SERAMAI 9 ORANG ATLET HADIR BAGI SESI LATIHAN PAGI BAGI SUKAN RENANG. ATLET MEMBERI KOMITMEN YANG BAIK SEAWAL 5.00 PAGI BAGI MENINGKATKAN LAGI PRESTASI SEMASA.KEBANYAKAN ATLET TIDAK DAPAT HADIR ATAS SEBAB PERSIAPAN PEPERIKSAAN YANG AKAN BERMULA PADA MINGGU HADAPAN.

Pemantauan Pusat Latihan Menembak













Perkara : Pemantauan Pusat Latihan Menembak

Tarikh : 12 Oktober 2011

Masa : 3.00 petang

Tempat : Lapang Sasar Menembak Lahat


Program Latihan

Latihan berjalan seperti biasa. Seramai 13 orang atlet yang hadir menjalani latihan sahaja. Jurulatih memberikan komitmen dan menjalankan tugas dengan baik. Jurulatih juga memaklumkan kebanyakkan atlet tidak dapat menghadiri latihan disebabkan peperiksaan di peringkat sekolah.