Friday, September 30, 2011

Pemantauan Latihan Sukan Renang

@ Kompleks Renang MBI, Ipoh (1730)

Seramai 7 orang atlet baru hadir pada sesi ini. Sesi seterusnya akan bermula pada jam 7pm untuk atlet-atlet senior.

Coach Zhou Jiong Xing turut dimaklumkan tentang keputusan ujian kecergasan yang dijalankan tempoh hari. Jurulatih diminta ambil tindakan berhubung keputusan ujian tersebut.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Pemantauan Latihan Sukan Terjun

@ Dry Gym MSNPk, Ipoh (1715)

Seramai 6 orang atlet hadir pada petang ini dengan dipantau oleh Coach Nor Aznizal Najib. Manakala Coach Zhou Xi Yang tidak dapat hadir pada petang ini atas sebab-sebab tertentu. Turut membantu beliau pada petang ini ialah seorang bekas atlet yang tinggal berhampiran Dry Gym MSNPk.

Selain itu, SDO turut menyerahkan keputusan ujian kecergasan yang dijalankan tempoh hari. Dimaklumkan pihak jurulatih akan mengambil tindakan berhubung keputusan ujian tersebut.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PERTANDINGAN BOLING PASUKAN MENTERI BESAR PERAK DENGAN SPRM MALAYSIA 2011

30 September 2011 - Pertandingan boling antara pasukan Menteri Besar Perak dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah diadakan pada 29 September 2011 bertempat di Ampang SuperBowls Ipoh. Seramai 70 orang peserta telah hadir dan terlibat bagi program berkenaan termasuk Y.A.B Menteri Besar Perak dan Y.B Exco Sukan Perak. Kejohanan berkenaan telah dikelolakan dengan Jayanya oleh Majlis Sukan Negeri Perak.  

Thursday, September 29, 2011

Mesyuarat Bulanan & Jamuan Hari Raya Dalaman MSNPk :)

@ Bilik Mesyuarat Utama MSNPk, Ipoh.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, September 27, 2011

Ujian Kecergasan Sukan Perahu Layar Program Pelapis Perak





27 September 2011 - USPTN Perak dengan kerjasama Unit Sains Sukan MSN Perak serta Persatuan Pelayaran Perak telah mengadakan ujian kecergasan bagi atlet Pelapis Negeri Perak bagi sukan pelayaran pada 25 Sep 2011 ( Ahad ) jam 10.30 pg - 12.30 tengahari. Seramai 13 org atlet (8 Lelaki & 5 Perempuan) telah terlibat bagi ujian tersebut yang telah diadakan bertempat di Pusat Latihan Pelapis Perak, Pangkalan TDLM Lumut. Ujian ini telah telah mendapat kerjasama dan sokongan yang padu daripada pihak TLDM dan Persatuan Pelayaran Perak bagi memastikan atlet pelapis negeri Perak berada didalam keadaan yang cergas dan mampu untuk bersaingan dengan atlet pelapis dari negeri lain.


KEM LATIHAN ATLET BERBASIKAL ACC 2012 DI VELEDROM RAKYAT IPOH


27 September 2011 - Unit Pelapis Kebangsaan, Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) akan mengadakan satu Kem Latihan  bagi atlet-atlet berbasikal yang berumur diantara 16 hingga 17 tahun bagi persiapan awal Kejohanan Asian Cycling Championship 2012 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada bulan awal Februari 2012. Pemilihan atlet-atlet telah dibuat oleh jurulatih-jurulatih Pelapis Kebangsaan pada awal Januari di kejohanan trek dan lebuhraya remaja tempatan serta pada kejohanan Sukma baru-baru ini. Seramai 21 atlet telah dikenalpasti dan akan menjalani latihan di bawah jurulatih Pelapis Kebangsaan bermula pada 03 hingga 09 Oktober 2011. Penumpuan kem ini lebih menjurus kepada latihan drill atau lebih kepada spesifik bagi acara sprint dan endurance trek dan lebuhraya. Senarai atlet-atlet yang terpilih ini akan di kurangkan mengikut kemampuan serta prestasi yang akan dinilai oleh jurulatih Pelapis Kebangsaan sehingga latihan pusat yang akan diadakan pada bulan November nanti. Berikut adalah maklumat kem latihan tersebut:


Tarikh : 03 - 09 Oktober 2011
Tempat : Velodrome Rakyat Ipoh
Penginapan : Hotel Fair Park
Tarikh Pendaftaran : 03 Oktober 2011 (Isnin) jam 12.00 tgh
Tarikh Keluar: 09 Oktober 2011 ( Ahad ) 12.00 tgh

Penerimaan kunci bangunan gimnastik Taiping daripada Jurutera bangunan JKR Taiping


26 September 2011 - Majlis penyerahan kunci bangunan pusat latihan gimnastik Taiping telah diserah oleh Encik Fazli abdul shukor Jurutera Bangunan kepada wakil Majlis Sukan Negeri Perak Encik Meor Shahriman bin Meor Ahmad Kasri. Kerja-kerja pembaikkan telah selesai dibawah peruntukan kewangan Kerajaan Negeri Perak.

Friday, September 23, 2011

Lawatan Pengurus Sukan (En. Giam) ke Negeri Perak

@ Bilik Mesyuarat Utama MSNPk, Ipoh (0900)

Sesi ini adalah sesi terakhir tuan pengurus bersama USPTN Perak. Pada sesi ini beberapa perkara dibincangkan dan juga merupakan sesi rumusan kepada lawatan beliau sepanjang 3 hari ke Negeri Perak.

Diharapkan lawatan seperti ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan dan pihak USPTN Perak menyambut baik serta mengalu-alukan program seperti ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, September 22, 2011

Pemantauan Latihan Sukan Renang

22 September 2011 (0600) @ Kompleks Renang MBI, Ipoh

Latihan pada pagi ini di pantau oleh 2 orang jurulatih. Kehadiran atlet pada pagi ini memuaskan walaupun pada musim peperiksaan. Seramai 13 orang atlet (L & P) hadir pada sesi ini. Pada pagi ini turut hadir ialah En. Giam wakil dari MSNM yang turut melakukan pemantauan ke atas pusat-pusat latihan di seluruh Negeri Perak.

Antara permasalahan yang dibincangkan ialah mengenai visa JLN yang telah tamat dan perkara ini telah pun di ambil tindakan oleh pihak MSN Perak.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, September 21, 2011

Lawatan Pengurus (En. Giam) Sukan ke Negeri Perak

21 - 23 September 2011

Lawatan Pengurus Sukan (En. Giam) untuk pemantauan ke semua pusat latihan yang berada di bawah seliaan USPTN Perak.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Pemantauan Latihan Sukan Terjun

@ Dry Gym MSNPk, Ipoh (0945)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, September 20, 2011

Mesyuarat Penyediaan Program Latihan Kontinjen Perak ke SUKMA 2012

@ Bilik Gerakan Negeri, Pejabat SUK Perak (1430)

Mesyuarat dihadiri oleh semua wakil persatuan sukan yang terlibat.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, September 12, 2011

Pemantauan Latihan Sukan Terjun

0930 @ Dry Gym MSN Perak, Ipoh

Seramai 14 orang atlet hadir pada sesi ini dengan dipantau oleh jurulatih En. Nor Aznizal Najib.

Selepas sesi di dry gym para atlet akan bergerak ke kolam untuk latihan di dalam air.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, September 10, 2011

Physical Fitness Test

Last session with Sports Science Unit :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Physical Fitness Test

@ MSN Perak (0830) - swimming / diving / cycling
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, September 8, 2011

Wednesday, September 7, 2011