Friday, August 5, 2011

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN BERBASIKAL

























































Tarikh : 4 Ogos 2011
Masa : 4.00 ptg
Tempat : Gym Majlis Sukan Negeri Perak

Kehadiran : 6 Org atlet





Laporan dan pemerhatian:-





Latihan Di adakan di Gym Majlis Sukan Negeri Perak di bawah kendalian seorang pelajar praktikal Uitm Shah Alam.Sesi latihan ini di adakan 3 kali seminggu untuk latihan GYM.



Disiplin atlet baik dan terkawal serta menunjukan komitmen yang baik walaupun berada di dalam bulan puasa.



Latihan ini juga bertujuan bagi menvariasikan sesi latihan dan memperkenalkan teknik-teknik latihan terkini.










ZAHRUL ANNUAR BIN USAILI

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI PERAK
MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK

Monday, August 1, 2011

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW REMAJA TERTUTUP BAWAH 20 TAHUN PULAU PINANG 2011











Tarikh Kejohanan : 30 Julai 2011
Tempat Kejohanan : Jabatan Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang<
Masa : 9.30 pagi - 7.00 mlm
Anjuran : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang,Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Pulau Pinang.
Jumlah Regu yang bertanding : 45 Regu (Jemputan Perak & Kedah)


30 Julai 2011-Pasukan Sepak Takraw Negeri Perak telah menghantar 5 regu untuk menyertai pertandingan ini yang terdiri daripada 4 regu pelapis Negeri Perak & 1 regu SUKMA 2012.

Keputusan pertandingan:

1) Regu Pelapis Perak 'A'(SUKMA 2012) tewas 0-2 pada Regu Sukma P. Pinang 'B' (Pusingan ke-2)

2) Regu Pelapis Perak 'B'(PLN Selama) tewas 1-2 pada Regu Sukma P.Pinang 'A' Suku Akhir)

3) Regu Pelapis Perak 'C'(PLN Ipoh) kalah peringkat kumpulan

4) Regu Pelapis Perak 'D'(PLN Ipoh) tewas 2-0 pada Regu Pelapis Perak 'B'(Pusingan ke-2)

5) Regu Pelapis Perak 'E' (PLN Selama) tewas 0-2 pada Regu Sukma P. Pinang 'B'(Suku Akhir)

Percapaian adalah baik serta boleh dipertingkatkan ke tahap yang lebih baik memandangkan majoriti regu ini adalah dari program pelapis Negeri Perak.

Zahrul Annuar Bin Usaili
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perak
Majlis Sukan Negeri Perak

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN

Friday, July 22, 2011

PEMANTAUAN SUKAN TINJU







Tarikh : 21 Julai 2011
Masa : 4.30 ptg
Tempat : PLN SMK Jati
Kehadiran : 6 Orang Atlet


Latihan dijalankan seperti biasa dan seorang pelajar praktikal akan membantu jurulatih bagi menjalankan beberapa kaedah latihan kecergasan serta membantu atlet-atlet meningkatkan kecergasan bagi tempoh 2 - 3 minggu.





ZAHRUL ANNUAR BIN USAILI
PPN PERAK
MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Wednesday, June 29, 2011

PEMANTAUAN SUKAN SEPAK TAKRAW DEWAN WISMA MSNPK































Tarikh: 28 jun 2011

Masa: 4.45 ptg
Tempat: Dewan Wisma MSNPK

Kehadiran: 20 Orang




Laporan:



Tiada masalah disiplin dan kehadiran adalah baik.Atlet-atlet menunjukan komitmen yang baik bagi persediaan kejohanan Sepak Takraw KFC/Utusan Zon Utara pada 1-3 Julai 2011 di Std Sultan Abd Halim,Alor Setar,Kedah.Jurulatih memaklumkan akan menghantar semua atlet yang berumur 13-15 tahun bagi tujuan pendedahan dan merasai suasana pertandingan yang sebenar.






ZAHRUL ANNUAR BIN USAILI

PPN SUKAN BERBASIKAL,TINJU DAN SEPAK TAKRAW

MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Tuesday, June 28, 2011

PEMANTAUAN SUKAN SEPAK TAKRAW PLN SMK DATO HAJI HUSSEIN,SELAMA,PERAK











Tarikh : 21 Jun 2011
Masa : 3.45 ptg - 4.30 ptg
Tempat : Dewan Sekolah SMK Dato Haji Hussein,Selama,Perak
Kehadiran : 15 orang

Laporan: Dari segi pemerhatian Pegawai

Kehadiran latihan adalah memuaskan dan atlet menunjukan komitmen yang memuaskan dalam sesi latihan.Tiada masalah dari segi displin dan jurulatih memaklumkan sesi latihan ini dijalankan dalam 2 sesi iaitu pagi dan petang.Sesi pagi jam 8.30pg-10.30 pg bagi pelajar tingkatan 1 dan 2 manakala sesi petang jam 3.30 ptg-5.30 ptg bagi pelajar tingkatan 3,4 dan 5.Latihan dijalankan pada setiap hari isnin hingga sabtu.

Pandangan/Ulasan

Atlet-atlet yang berumur 13 hingga 14 tahun kekurangan pertandingan dan menyebabkan prestasi tidak dapat dinilai dan di ukur.Kekerapan mengadakan pertandingan di bawah umur 15 tahun adalah penting bagi memantapkan mutu permainan sebelum ke peringkat lebih tinggi.

ZAHRUL ANNUAR BIN USAILI
PEGAWAI PEMBANGUNAN SUKAN NEGERI PERAK
MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Wednesday, June 1, 2011

PEMANTAUAN SUKAN BERBASIKAL TREK






























TARIKH:31 MEI 2011

MASA: 5.30ptg

TEMPAT: Veledrom Rakyat,Ipoh

KEHADIRAN:10 Org



Kehadiran adalah baik dan atlet-atlet menjalankan latihan besungguh-sungguh kerana

sebahagian atlet Pusat Latihan Negeri Perak telah terpilih untuk mewakili Perak pada

Sukan Malaysia(SUKMA) ini.

Diharapkan atlet-atlet ini dapat memperbaiki percapaian terbaik peribadi bagi meneruskan kecemerlangan atlet-atlet berbasikal pelapis Negeri Perak.







ZAHRUL ANNUAR BIN USAILI

PPN NEGERI PERAK

MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Tuesday, May 24, 2011

KEJOHANAN BERBASIKAL TREK SIRKIT 3 SPORTEXCELL/MSNM/MILO/PKBM









Selasa-24 Mei 2011- Kejohanan Berbasikal Trek Sirkit 3/2011 SPORTEXCEL/MSNM/MILO/PKBM telah diadakan pada 20-23 Mei 2011 di Veledrom Cheras,Kuala Lumpur.Pasukan pelapis berbasikal Negeri Perak telah menghantar seramai 9 org atlet dan 1 orang jurulatih menyertai kejohanan ini.
Berikut adalah pingat yang di menangi pasukan pelapis Negeri Perak:

Nama Atlet
1.Muhammad Asri Suraizi
Bin Mat Riadzi - acara 200M Sprint(bwh 16 thn) - Pingat Perak
- acara 500M Time Trial(bwh 16 thn) - Pingat Perak
- acara Team Pursuit (17-18 thn) - Pingat Gangsa

2. Muhammad Nor Azman
Bin Mohd Nadzri - acara 500M Time Trial(bwh 16 thn) - Pingat Gangsa

3. Nor Hazim Safuan Bin
Nor Saidi - acara Team Pursuit (17-18) - Pingat Gangsa

4. Muhd Najib Bin
Zainul Zaman - acara Team Pursuit (17-18) - Pingat Gangsa

ZAHRUL ANNUAR BIN USAILI
PPN NEGERI PERAK
MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK



Monday, April 25, 2011

PERJUMPAAN BERSAMA PRESIDEN BERBASIKAL PERAK
































22 APRIL 2011- Perjumpaan bersama Presiden Berbasikal Negeri Perak iaitu Tan Seri Darshan Singh telah diadakan di Wisma MSN Perak.Perjumpaan ringkas ini bertujuan diadakan bagi memperkenalkan pengurus baru pasukan Trek SUKMA Negeri Perak 2011 dan beramah mesra dengan atlet-atlet di bawah program pelapis Negeri Perak.Di samping itu atlet-atlet pelapis telah memberitahu masalah yang dihadapi semasa latihan dan mereka memohon supaya pihak persatuan turut juga membantu mereka dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.















Pegawai pembangunan Sukan Berbasikal juga telah memaklumkan kepada presiden bahawa 11 orang atlet telah dipilih untuk membawa cabaran SUKMA Negeri Perak dan 7 orang daripadanya adalah atlet pelapis Negeri Perak dan selebihnya atlet yang dipilih dari atlet Negeri Lain dan berpontensi untuk memberi cabaran pada SUKMA itu nanti.









ZAHRUL ANNUAR BIN USAILI

PPN USPTN PERAK