Tuesday, November 29, 2016

PEMANTAUAN KEJOHANAN WUSHU TERTUTUP NEGERI PERAK 2016

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia



 

LAPORAN :


Kejohanan Wushu Tertutup Negeri Perak 2016 telah dianjurkan pada 27 November 2016 bertempat di Dewan Majlis Sukan Negeri PerakKejohanan ini telah dianjurkan oleh Persekutuan Tarian Naga dan Singa Negeri Perak dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Perak dan Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Seramai 87 orang peserta telah menyertai pertandingan pada kali ini.Peserta yang hadir adalah daripada Pasukan Atlet Pelapis Negeri Perak dan dari seluruh pertubuhan serta daerah di Negeri Perak.Kejohanan ini mempertandingkan 11 acara iaitu :-

  1. NANQUAN          
  2. NANDAO                  
  3. NANGUN
  4. CHANGQUAN              
  5. QIANGSHU                  
  6. JIANSHU
  7. DAOSHU       
  8. GUNSHU
  9. TAIJIQUAN 
  10. TAIJIJIAN
  11.  SHANSHOY

Kejohanan ini bertujuan sebagai asas untuk meletakkan ranking pelatih dalam  program pembangunan dan menilai tahap pencapaian atlet pelapis serta mengenalpasti bakat-bakat baru di seluruh daerah Negeri Perak.Atlet Pelapis Negeri Perak telah mengungguli keseluruhan acara yang dipertandingkan.Acara Shanshoy telah diperkenalkan pada kejohanan ini untuk melihat dari segi kesesuaian dan kelebihan untuk dicadangkan sebagai acara tambahan di SUKMA Perak 2018 nanti.




laporan oleh :-


MUHAMMAD FARABI BIN ZAINAL EKMAR

PPN SUKAN WUSHU

UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK

No comments:

Post a Comment