Wednesday, February 18, 2015

LAPORAN PERJUMPAAN BERSAMA JURULATIH BAGI SUKAN TENIS

TARIKH : 30 JANUARI 2015 (JUMAAT)
MASA : 4.30 PETANG
TEMPAT : GELANGGANG TENIS, MBI

KEHADIRAN 
1. Zahrul Annuar Usaili (PKU)
2. Norhayati Abdul Rahman (PPN)
3. Mohd Mustafa b. Daud 
4. Jeff Leong Chee Wai
5. Anthony Lourdes a/l Lourdes Francis

LAPORAN

Pada petang ini, satu lawatan ringkas telah diadakan bersama-sama dengan jurulatih tenis bagi memperkenalkan PPN baru, Puan Norhayati yang ditugaskan untuk meneruskan program-program yang telah diatur oleh PPN sebelum ini (En. Farabi). En. Zahrul mengharapakan agar semua jurulatih dapat memberi kerjasama kepada beliau dan sebarang keperluan perlu di rujuk kepada beliau terlebih dahulu.

Dalam sesi lawatan ringkas ini, PKU memaklumkan pihak unit telah merancang untuk mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) bagi sukan Tenis selepas Tahun Baru Cina nanti. Semua jurulatih diminta menyediakan pelan periodisasi, pendaftaran baru bagi semua pelatih (update) dan program-program yang telah dirangka untuk dibawa berbincang dalam mesyuarat tersebut.

Perbincangan selesai pada jam 5.20 petang. 


NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI,
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK

No comments:

Post a Comment