Wednesday, March 30, 2016

LATIHAN PASUKAN TENPIN BOLING PELAPIS PERAK

Tarikh : 29 Mac 2016
Masa : 6.00 petang
Tempat : Ampang Superbowls, Ipoh Parade, Ipoh, Perak.
Kehadiran : 2 JSM serta 33 orang atlet

Latihan : Simulasi Pertandingan

Ujian : Tiada

Pertandingan : Sportexcel-NSC-MILO-MTBC Junior Circuit- Melaka Leg

Kecederaan : Tiada

Peralatan : Tiada

Program Binaan: Tiada


Ulasan :-

Jurulatih memaklumkan persiapan atlet-atlet untuk menyertai kejohanan pertama pada tahun 2016 iaiatu Kejohanan Sportexcel-NSC-MILO-MTBC Junior Circuit-Melaka Leg yang akan diadakan pada 1 hingga 3 April 2016 bertempat di Melaka International Bowling Centre (MIBC), Melaka.


SHAHDAN BIN MHD HASHIM
PPN Tenpin Boling













UJIAN KECERGASAN SUKAN TENPIN BOLING FASA 1/2016

Tarikh       : 28 Mac 2016
Masa         : 4.30 petang
Tempat     : Dewan Majlis Sukan Negeri Perak

Kehadiran : 35 orang (12 wanita dan 23 lelaki)

Seramai 35 orang atlet Sukan Tenpin Boling hadir untuk menjalani Ujian Kecergasan bagi sesi Fasa 1/2016.  Ujian Kecergasan ini dikendalikan sepenuhnya oleh Institut Sukan Negara Satelit Perak dan Bahagian Sains Sukan, Majlis Sukan Negeri Perak serta dibantu oleh jurulatih-jurulatih.  Antara ujian-ujian yang dijalankan adalah seperti berikut :-

1. Body Weight
2. Height
3. Standing Board Jump
4. Push Up
5. Agility
6. Sit & Reach
7. 7-Level
8. Bleep Test


SHAHDAN BIN MHD HASHIM
PPN Tenpin Boling















Tuesday, March 22, 2016

PEMANTAUAN KEJOHANAN PERAK ALL COMERS TAHUN 2016


Tarikh : 19 - 20 Mac 2016

Tempat : Stadium Perak, Ipoh


Persatuan Olahraga Amator Perak dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Perak telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Perak All Comers Tahun 2016 pada 19 - 20 Mac 2016 bertempat di Stadium Perak, Ipoh, Perak.

Mesyuarat Pengurus Pasukan telah diadakan pada 18 Mac 2016 pada jam 4.00 petang di Bilik Mesyuarat Stadium Perak. Kejohanan ini melibatkan sebanyak 30 pasukan yang terdiri daripada Pasukan Kebangsaan, Pasukan Negeri, Persatuan Negeri dan Daerah, Pasukan Sekolah-sekolah dan Kelab-kelab.  Seramai 750 atlet lelaki dan wanita yang menyertai kejohanan tersebut.

Diharap kejohanan ini dapat membantu semua atlet-atlet mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh jurulatih dan memberi pendedahan dan pengalaman kejohanan kepada atlet-atlet yang baru menyertai kejohanan.

Akhir sekali diucapkan jutaan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat semasa kejohanan dijalankan terutamanya sekali Persatuan Olahraga Amator Perak,

Laporan disediakan



CHING LAI YEE
PPN SUKAN OLAHRAGA NEGERI PERAK

Tuesday, March 15, 2016

LATIHAN PASUKAN BADMINTON PERAK












Tarikh             :         15 Mac 2016
Masa              :          9.00 pagi

Tempat           :         Akademi Badminton Perak, Meru, Ipoh.

Kehadiran : 1 Sepenuh Masa, 1 Jurulatih Luar Negara serta 22 orang atlet



Latihan : Perseorangan dan Berdua

Ujian : Tiada

Pertandingan : Kejohanan Badmionton Sirkit Remaja Kebangsaan 2016 100Plus 1st Leg Zon A

Kecederaan : Tiada

Peralatan : Tiada

Program Binaan: Tiada

Ulasan :-



Jurulatih memaklumkan pasukan badminton akan menyertai Kejohanan Badmionton Sirkit Remaja Kebangsaan 2016 100Plus 1st Leg Zon A pada 20 hingga 27 Mac 2016 bertempat di Kota Bharu, Kelantan.



SHAHDAN BIN MHD HASHIM
PPN Badminton

LATIHAN PASUKAN LAWN BOWLS PELAPIS PERAK










Tarikh            :         11 Mac 2016
Masa              :         6.00 petang
Tempat          :         Gelanggang Lawn Bowls, Ipoh, Perak

Kehadiran : 1 JSM serta 19 orang atlet. 

Latihan : Draw practice – Repetition – T and T(40m)
              Weight  and line control
               Match : Men and ladies, event Pairs & Triples (round robin)  

Ujian : Tiada

Pertandingan : Kejohanan Selangor Triples Open 2016 pada 16 hingga 19 Mac 2016                                   Bayuemas, Klang, Selangor.

Kecederaan : Tiada

Peralatan : Tiada

Program Binaan : Tiada

Ulasan :-


Latihan yang dijalankan oleh jurulatih pada sesi latihan ini lebih menekan aspek latihan ke kejohanan. Jurulatih juga memaklumkan akan menyenaraikan atlet senior di dalam pasukan Triples agar dapat membantu atlet-atlet semasa pertandingan.


SHAHDAN BIN MHD HASHIM

PPN LAWN BOWLS

Friday, March 11, 2016

UJIAN KECERGASAN SUKAN MEMANAH FASA 1/2016














Tarikh       : 3 Mac 2016
Masa         : 3.00 petang
Tempat     : SMK Tun Saban, Pengkalan Hulu

Kehadiran : 20 orang


Seramai 20 orang atlet Sukan Memanah hadir untuk menjalani Ujian Kecergasan bagi sesi Fasa 1/2016.  Ujian Kecergasan ini dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Sains Sukan Majlis Sukan Negeri Perak.  Antara ujian-ujian yang dijalankan adalah seperti berikut :-

1. Body Weight
2. Height
3. Standing Board Jump
4. Push Up
5. Agility
6. Sit & Reach
7. 7-Level
8. Bleep Test


SHAHDAN BIN MHD HASHIM
PPN MEMANAH

TID SUKAN MEMANAH 2016
















Tarikh       : 3 Mac 2016
Masa         : 10.00 pagi
Tempat     : SMK Tun Saban, Pengkalan Hulu



Kehadiran : 16 orang


Seramai 16 orang pelajar hadir untuk ujian Pemilihan bagi Sukan Memanah di Pusat Latihan Memanah SMK Tun Saban, Pengkalan Hulu, Perak. Pemilihan ini dijalankan sepenuhnya oleh Unit Sains Sukan, Majlis Sukan Negeri Perak dan dibantu oleh pelajar Praktikal dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Pemilihan ini hanya melibatkan pelajar yang berumur 13 hingga 15 tahun sahaja. Pihak sekolah juga telah memaklumkan kehadiran hanya kepada pelajar-pelajar yang berminat sahaja di dalam sukan Memanah yang perlu hadir, agar pelajar-pelajar yang terpilih benar-benar ingin megikuti program latihan yang akan dijalankan oleh pihak jurulatih kelak.



SHAHDAN BIN MHD HASHIM
PPN MEMANAH