Tuesday, March 13, 2012

Pemantauan Latihan Harian untuk sukan Tenpin Boling - 12 Mac 2012

Tarikh : 12 Mac 2012
Masa : 5.00 petang
Tempat : Ampang Superbowls, Ipoh Parade
 
KEHADIRAN :
1. Zainal Abidin Bin Nordin - JSM
2. Atlet - 10 Lelaki, 10 perempuan ( Bawah 12 tahun sahaja )
 
LATIHAN :
Latihan untuk USPTN pada hari ini dibatalkan. Ini kerana peruntukan hanya membenarkan latihan hanya 10 kali sebulan sahaja. Latihan pada hari ini hanya untuk program Bawah 12 tahun sahaja. Ini adalah program 'grass root' MSNPk dan USPTN.
 
UJIAN :
 - Tiada - 
 
PERTANDINGAN :
Seramai 5 orang telah menyertai Astro 25th Malaysian National Championship 2012 dan Peter Yap Memorial Cup 2012. Untuk Malaysian National Championship masih lagi dalam peringkat MQ. Berikut adalah keputusan untuk pelatih yang menyertai Peter Yap Memorial Cup 2012 :
 
BOYS
 1. Tun Ameerul Luqman Al-Hakim  ( Champion )
 2. Afiq Irsyaduddin Bin Bahanoddin ( 14th )
 3. Mohd Firdaus Bin Zulmukhsar ( 22nd )
 4. Mohd Aidil Afif
 
GIRLS
 1. Nurul Aina Syakirah Binti Khairil ( 5th )
 
Kejohanan Peter Yap Memorial Cup adalah untuk pemain yang berumur 14 tahun kebawah.
 
KECEDERAAN
 - Tiada -
 
PERALATAN
Semua peralatan adalah hak milik persendirian pelatih sendiri.
 
PROGRAM BINAAN
 -Tiada -
 
ULASAN
1. JSM En. Zainal memaklumkan bahawa latihan untuk hari Rabu telah diubah masa dari pukul 4.00 - 6.00 petang kepada 5.00 - 7.00 petang kerana pada hari tersebut semua pelatih terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum (KOKO) sekolah.
2. Seramai 7 pelatih USPTN yang terlibat dengan latihan SUKMA hanya akan berlatih dibawah USPTN pada hari Rabu sahaja pihak persatuan memohon supaya penumpuan yang lebih akan diberikan kepada mereka yang terlibat. Meraka yang terlibat dalam kem latihan SUKMA adalah :
    - Faiz Miza Bin Yob Zain
    - Tun Ameerul Asyraf Tun Hasnul Azam
    - Arif Bin Fauzi Shah
    - Syed Mohd Asyraf Bin Syed Mokhtar
    - Mohd Farhan Ismail
    - Nur Fatin Syahirah Shamsul Baharin
    - Nur Fadhlin Arisya Mohd Arif
 
Sekian, terima kasih
 
Laporan disediakan oleh:
   
NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
SDO BOLING PERAK
TEL : 05-5478885
FAX : 05-5476885

No comments:

Post a Comment