Thursday, March 1, 2012

LATIHAN HARIAN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh   : 29 Februari 2012
Masa    : 1600
Tempat : Gimnasium Gimnastik Taiping


Latihan dikendalikan oleh En. Zhang Yi Tao (JLN). Kehadiran atlet seramai 11 orang menjalani latihan  pada sesi latihan ini. Latihan yang dijalankan sebagai persiapan atlet ke kejohanan MSSM 2012 dan latihan asas kepada atlet-atlet baru yang terpilih pada tahun 2011.

8 comments:

  1. Kenapa En. Zhang Yi Tao tidak lagi menjadi jurulatih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon maaf kerana lewat menjawab. En. Zhang Yi Tao telah memohon untuk berhenti kerana mempunyai masalah peribadi di Negara China. Justeru itu, pihak USPTN Perak telah mendapatkan jurulatih gantian iaitu En. Liu Honglu, juga dari Negara China.

      Delete
  2. sebulan berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk makluman pihak tuan/puan tiada bayaran dikenakan untuk menjalani latihan. Walaubagaimanapun, atlet yang telah dipilih oleh jurulatih sahaja layak menjalani latihan di pusat Gimnasium Gimnastik Taiping. Bagi pihak tuan/puan yang berminat untuk menghantar anak-anak bagi menjalani latihan gimnastik pihak USPTN Perak mengalu-alukan kedatangan pihak tuan/puan.

      Delete
  3. Assalamualaikum,

    Tahniah kpd semua peserta perak yg berjaya dlm pertandingan di Dewan Gimnastik Seksyen 6 Sh.Alam baru2 ini.

    Nampaknya ramai ibubapa mengeluh dan berasa sangat kecewa kerana kehadiran tidak dialu-alukan. Inilah kali pertama kami tidak dibenarkan masuk untuk menonton anak sendiri beraksi, alasannya dewan tersbut kecil dan tidak dpt menampung jumlah pengunjung yg hadir.

    Sememangnya tidak berbaloi kami datang dari jauh semata2 nk memberi sokongan kepada mrk akhirnya hanya dibenarkan duduk di bawah khemah luar dewan sahaja. Terasa serik dah lagi nak dtg ke dewan tersebut.

    Semoga kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

    Ibubapa yg kecewa.

    ReplyDelete
  4. Saya ingin bertanya...adakah semua pelapis menerima elaun pada setiap bulan?

    ReplyDelete
  5. Bagaimanakah cara hendak daftarkan anak belajar ke MSN Bukit Jalil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sejahtera,
      AnonymousOctober 29, 2013 at 8:39 AM

      Mungkin yang dimaksudkan kemasukkan belajar ke Sekolah Sukan Bukit Jalil? Disini disertakan maklumat/cara kemasukan ke Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.(http://www.moe.gov.my/v/sekolah-sukan-malaysia)

      CARA KEMASUKAN

      Pelajar Sekolah Menengah ( Tingkatan 1 – 5 )

      Kemasukan atlet murid ke SSM adalah melalui proses Kenal Pasti Bakat (Talent Identification, Talent Search, Talent Scouting), dan pencalonan oleh persatuan sukan kebangsaan dan MSN. Tawaran kemasukan ke SSM dibuat sepanjang tahun berdasarkan kekosongan dan keperluan sukan semasa.
      Kelayakan minimum akademik atlet murid yang diterima masuk ke SSM adalah 3C di peringkat UPSR dan 4D di peringkat PMR.

      Program Prauniversiti

      Pengambilan atlet murid program prauniversiti adalah berdasarkan kelulusan SPM serta memenuhi syarat-syarat am yang ditetapkan. Mereka yang dipilih terdiri daripada atlet murid yang mewakili negara atau berpotensi mewakili negara dalam masa terdekat. Cara memohon adalah secara online di laman web KPM. Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut :

      SYARAT-SYARAT AM :-

      Mewakili negara/berpotensi mewakili negara.
      Telah menduduki peperiksaan SPM dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
      Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan.
      Aktif dalam bidang sukan yang diceburi secara berterusan dan diiktiraf Majlis Sukan Negara dan persatuan sukan kebangsaan.
      Lulus temuduga oleh jawatankuasa pemilihan jika diperlukan.
      SYARAT-SYARAT KHAS :

      ALIRAN SAINS
      Sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik Moden dan
      Sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik Moden dan
      Biologi
      Fizik
      Kimia
      Matematik Tambahan
      Teknologi Maklumat
      Perdagangan
      Ekonomi Asas
      Prinsip Akaun
      Bahasa Inggeris
      Lukisan Kejuruteraan
      Rekacipta
      Teknologi Kejurutera
      ALIRAN SASTERA IKHTISAS
      Sekurang-kurangnya lulus dalam Matematik Moden dan
      Lulus 2 mata pelajaran berikut :
      Perdagangan
      Ekonomi Asas
      Prinsip Akaun
      Bahasa Inggeris
      Lukisan Kejuruteraan
      Rekacipta
      Teknologi Kejuruteraan
      Sains Tambahan
      Teknologi Maklumat
      Biologi
      Fizik
      Kimia
      Sains Sukan

      Delete