Friday, February 10, 2012

Program Latihan Bawah 11 Tahun Tenpin Boling MSNPk/JPNPk - Perjumpaan Bersama Ibubapa

Tarikh   : 31 Januari 2012  ( Selasa )
Masa    : 5.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, Majlis Sukan Negeri Perak
Kehadiran : 25 orang (Ibubapa)
 
Laporan :
 

Program Pembangunan Sukan Tenpin Boling Bawah 11 Tahun ditubuhkan bagi tujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar untuk didedahkan kepada sukan tenpin boling yang merupakan satu sukan berprestasi tinggi di Malaysia. Melihatkan keperluan bagi menyediakan pasukan yang mantap adalah bermula dari akar umbi maka pihak USPTN dengan kerjasama MSN Perak dan Jabatan Pelajaran Perak mengambil inisiatif bagi membentuk pemain di bawah umur 11 tahun untuk diberi latihan khusus bagi melengkapkan diri dengan ilmu permainan boling seterusnya menjadikan mereka pemain pelapis bagi skuad senior.

 

Perjumpaan ibubapa ini diadakan adalah bertujuan untuk memaklumkan dan memberi penerangan tentang program ini untuk memberi pemahaman yang jelas tentang hala tuju dan juga sistem latihan yang akan diberikan. Berikut adalah perkara-perkara yang telah dibincangkan dan telah dimaklumkan kepada pihak ibubapa :

 

1. Ibubapa tidak perlu membayar sewa lorong dan khidmat jurulatih.

2. Ibubapa perlu menyediakan peralatan sukan kepada pelatih.

3. Hanya 20 orang pelatih yang terpilih sahaja akan terlibat dalam program ini.

3. Latihan diadakan pada setiap hari Isnin dan Rabu. Jumaat adalah hari pilihan untuk pelatih untuk berlatih atau tidak. Jika ingin mengadakan latihan, pelatih perlu membayar sendiri sewa lorong.

4. Boleh menyertai kejohanan sirkit kebangsaan bagi kategori bawah 12 tahun.

 

Sekian untuk makluman.


NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PPN BADMINTON/TENPIN BOLING/LAWN BOWL
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK
MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK

1 comment:

  1. boleh saya dapatkan semua berita berkaitan dengan program sukan pembangunan boling tenpin?
    bagaimana iainya dilaksanakan setakat ini?
    bermula dari tahun bila?
    boleh emailkan ke adiklin_82@yahoo.com saya amat2 memerlukan kerjasama dan bahan berkaitan dengan program pembangunan sukan boling tenpin

    ReplyDelete