Monday, February 27, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN DAN KEJOHANAN DALAMAN SUKAN BERBASIKAL

TARIKH                           :   26 FEB 2012
MASA                             :   9.30 - 11.00 PG
TEMPAT                          :  JALAN UTAMA BATU GAJAH-GOPENG
KEHADIRAN PESERTA    :  22 ORANG 
                                          (12 Org pelapis Negeri Perak , 4 Org Pelapis Serantau Ipoh
                                           6 Org- Private Kelab)


LAPORAN PERTANDINGAN:-

Satu Kejohanan Dalaman berbasikal lebuhraya telah di anjurkan oleh Kelab komuniti Ibu bapa atlet berbasikal pelapis Negeri Perak.

Objektif kejohanan ini di adakan bertujuan:- 
a) bagi memberi pendedahan kepada atlet pelapis Negeri Perak merasai susana pertandingan yang sebenar. 
b) mewujudkan budaya persaingan antara satu sama lain.

Peserta terdiri:-
Kejohanan ini telah disertai oleh atlet Pelapis Negeri Perak,Pelapis Serantau Ipoh dan Kelab Berbasikal Private Batu Gajah dan Kelab Berbasikal dari Ipoh.

Jarak pelumbaan kejohanan ini adalah sejauh 60KM (15 KM x 4 Pusingan).

Kejohanan ini mendapat kerjasama yang baik dari bapa atlet pelapis yang bertugas menjadi pegawai lalulintas dan memberi sumbangan hadiah berupa hamper.Hamper di taja oleh  Syarikat Suraya Enterprise.

Berikut adalah pemenang pertandingan tersebut:-

1) Juara     -  Afiq Husainie        (Pelapis Serantau Ipoh)
2) N. Juara -  Low Ji Meng        (Pelapis Serantau Ipoh)
3) Ketiga    -  Izwandie Lakasek( Pelapis Serantau Ipoh)
4) Ke-4       -  Imran Zubir           (Pelapis Serantau Ipoh)

Kejohanan ini dijalankan sebulan sekali pada setiap bulan serta mengikut kesesuaian jadual kejohanan sekiranya tidak menyertai sebarang pertandingan pada bulan tersebut.



ZAHRUL ANNUAR BIN USAILI
USPTN PERAK
MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA




No comments:

Post a Comment