Thursday, December 15, 2011

Pemantauan Latihan Sukan Renang

Tarikh: 15 Disember 2011
Masa: 0610
Tempat: Kompleks Renang MBI, Ipoh

Sesi latihan pada pagi ini dihadiri seramai 18 orang atlet dengan diawasi oleh 2 orang jurulatih iaitu En. Zhao Jiong Xing serta En. Kwah Huat Kong. Latihan dibahagikan kepada beberapa disiplin renangan dengan diawasi oleh para jurulatih.

Cuma sedikit masalah timbul pada sesi ini iaitu lampu limpah kompleks tidak dapat berfungsi dengan baik dan perkara ini telahpun dijelaskan oleh petugas MBI yang bertugas kepada PPN.

No comments:

Post a Comment