Thursday, November 3, 2011

LATIHAN INTENSIF PASUKAN BADMINTON PELAPIS PERAK

Tarikh : 3 Nov 2011
Masa : 3.45 petang
Tempat : Akademi Badminton Perak
Peserta : 23 orang

3 Nov 2011 (Khamis) - Seramai 23 orang atlet program pelapis bagi sukan badminton telah menjalani latihan harian bagi menghadapi beberapa kejohanan sehingga hujung tahun ini. Terdapat beberapa atlet terpilih di dalam skuad Sukma Perak untuk tahun 2012 di Pahang nanti. Komitmen jurulatih luar negara, sepenuh masa dan sambilan dalam melatih atlet pelapis seperti dijadualkan amat membanggakan. Dalam masa yang sama juga pihak jurulatih sedang dalam persediaan untuk melaksanakan latihan secara intensif bagi atlet - atlet yang akan diuji bagi pemilihan ke program BAM  tahun 2012.

No comments:

Post a Comment