Wednesday, November 2, 2011

KEJOHANAN NATIONAL FOURS 2011 - LAWN BOWLS

TARIKH : 19 - 22 September 2011
TEMPAT : Lawn Bowls Green, Kangar Perlis
PESERTA : 6 orang atlet / 2 orang pegawai


Dimaklumkan, Kejohanan National Fours 2011 ini telah diadakan pada 19 - 22 September 2011 bertempat di Kangar Perlis. Mengikut kalendar kejohanan, pertandingan ini dijangka akan diadakan pada 11 - 14 Oktober 2011 tetapi telah diubah pada bulan September. 

Pada kejohanan pada kali ini, negeri Perlis menerima penyertaan sebanyak 16 pasukan lelaki dan 5 pasukan wanita. Pasukan Perak hanya menghantar  2 pasukan lelaki sahaja. Mereka adalah :

PERAK A
Mohd Azali Bin Ali Hiari 
Mohd Hafiz Bin Mohd Isa 
(Pasukan ini bergandingan dengan Safuan Said dan Shahnizan Zaidi)

PERAK B
Izzat Shammer Bin Dzulkifli
Mohd Fahimi Bin zahidi
Mohammad Ikram Mohd Isa
Muhammad Luqman Mohd Isa

Pasukan lelaki akan bermain Round Robin dan perlu bermain dalam masa 2 jam atau 15 end. Bagi kejohanan yang besar dan terbuka kepada semua peringkat umur, para pemain pembangunan perlu digandingkan dengan pemain senior. Gabungan ini akan memperkuatkan lagi pasukan disamping mereka dapat mempelajari secara terus dengan pemain senior. Berikut adalah keputusan pertandingan pada kali ini:

Pasukan Perak A - telah layak ke Separuh Akhir
Pasukan Perak B - telah layak ke Suku Akhir

Sekian, terima kasih


 

--
NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN
PPN BADMINTON/TENPIN BOLING/LAWN BOWL
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI PERAK
MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK
ARAS 1, WISMA MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK,
KOMPLEKS SUKAN BANDARAYA IPOH,
JALAN GHAZALI JAWI,
31400 IPOH,
PERAK
TEL : 05-5478885
FAX : 05-5476885

No comments:

Post a Comment