Wednesday, October 12, 2011

Pemantauan Sukan Tenpin Boling






BERITA USPTN PERAK



Perkara : Pemantauan Latihan Harian Program Pelapis Negeri 2011 - Tenpin Boling Tarikh : 10 Oktober 2011
Tempat : Ampang Superbowls, Ipoh Parade




Program Latihan

Latihan harian berjalan mengikut silibus/program yang telah dirancang. Latihan pada hari ini bertumpu pada Skill Drill. Seramai 21 orang pelatih yang hadir pada hari ini. Semua jurulatih memberikan komitment dan menjalankan tugas dengan baik. Sedikit perbincangan bersama jurulatih mengenai Ujian Specifik yang telah dijalankan dan yang akan diadakan. Jurulatih akan menyerahkan maklumat mengenai ujuan tersebut dalam masa terdekat.
Seramai 7 orang pelatih telah melayakkan diri dalam Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan 2011 - Grand Final Tenpin Boling yang akan diadakan pada 15 - 16 Oktober 2011. Tahun ini jumlah pelatih yang layak ke GP Final agak menyusut kerana ramai pelatih tidak dapat menyertai kejohanan Sirkit. Sebilangan besar pelatih yang tidak menyertai kejohanan kerana melanjutkan pengajian di peringkat kolej dan ada yang terlibat dalam Program Khidmat Negara.


No comments:

Post a Comment