Tuesday, October 11, 2011

KEM BAKAT BERBASIKAL TREK LELAKI PELAPIS NEGERI 01/2011

11 Okt 2011 - Kem bakat berbasikal trek lelaki program pelapis negeri edisi 01/2011 akan diadakan pada 14 hingga 20 Oktober 2011 bertempat di Veledrom Rakyat Ipoh. Seramai 55 orang atlet dari seluruh negara akan terlibat dengan bimbingan jurulatih kebangsaan. Kem ini akan menitikberat dari aspek kemahiran, taktikal sprint dan pursuit,kejohanan mini dan sesi video. Kem ini juga dilaksanakan bagi mengenalpasti atlet yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi bagi melahirkan atlet bertaraf dunia seperti Azizul Hasni,Josiah ng,Rizal tsin dan Mohd Edrus pada masa hadapan.Buat masa ini keadaan trek di Veledrom Rakyat Ipoh berada di dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan selepas kerja penambahbaikan dilakukan oleh pihak JKR Negeri baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment