Tuesday, October 11, 2011

KEJOHANAN GIMRAMA USPTN PERAK 2011




















BERITA USPTN PERAK




Tarikh : 8 Oktober 2011 ( Sabtu )


Masa : 10.00 pagi hingga 4.30 petang


Tempat : Dry Gym MSN Perak


Jumlah Penyertaan : 14 orang atlet


11 Okt 2011 - Kejohanan Dalaman USPTN PERAK bagi sukan Gimrama telah diadakan dengan kerjasama daripada Persatuan Gimnastik Perak dan Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Dalam kejohanan ini seramai 14 orang atlet menyertai dari gred yang berbeza antaranya Little Gimnas,Gred 2 dan Gred 3.Tujuan kejohanan diadakan adalah bagi memantau prestasi atlet selain memberi pengalaman kepada atlet Little Gimnas.Hadiah kejohanan dalam bentuk wang tunai yang dibiayai oleh pihak Persatuan Gimnastik Perak akan diberi kepada pemenang tempat pertama hingga ketiga.Pihak Persatuan telah menjemput pengadil tempatan iaitu Puan Azizah dan Puan Ann dari Taiping bagi mengadili kejohanan tersebut.Dalam kejohanan ini juga,pihak pengadil dan jurulatih dapat bersama-sama berbincang mengenai kesalahan yang dilakukan oleh gimnas dan memperbaiki kesalahan gimnas secara langsung.Sepanjang kejohanan berlangsung tiada masalah yang timbul dan dapat dianjurkan dengan sempurna. Antara acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut :


Little Gimnas


1. Free Hand


2. Bola


3.Tali


Gred 2


1.Free Hand


2. Tali


3. Gelung


4. Bola


5. Belantan


6. Riben


Gred 3


1.Free Hand


2. Tali


3. Gelung


4. Bola


5. Belantan


6. Riben









































No comments:

Post a Comment