Tuesday, September 27, 2011

KEM LATIHAN ATLET BERBASIKAL ACC 2012 DI VELEDROM RAKYAT IPOH


27 September 2011 - Unit Pelapis Kebangsaan, Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) akan mengadakan satu Kem Latihan  bagi atlet-atlet berbasikal yang berumur diantara 16 hingga 17 tahun bagi persiapan awal Kejohanan Asian Cycling Championship 2012 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada bulan awal Februari 2012. Pemilihan atlet-atlet telah dibuat oleh jurulatih-jurulatih Pelapis Kebangsaan pada awal Januari di kejohanan trek dan lebuhraya remaja tempatan serta pada kejohanan Sukma baru-baru ini. Seramai 21 atlet telah dikenalpasti dan akan menjalani latihan di bawah jurulatih Pelapis Kebangsaan bermula pada 03 hingga 09 Oktober 2011. Penumpuan kem ini lebih menjurus kepada latihan drill atau lebih kepada spesifik bagi acara sprint dan endurance trek dan lebuhraya. Senarai atlet-atlet yang terpilih ini akan di kurangkan mengikut kemampuan serta prestasi yang akan dinilai oleh jurulatih Pelapis Kebangsaan sehingga latihan pusat yang akan diadakan pada bulan November nanti. Berikut adalah maklumat kem latihan tersebut:


Tarikh : 03 - 09 Oktober 2011
Tempat : Velodrome Rakyat Ipoh
Penginapan : Hotel Fair Park
Tarikh Pendaftaran : 03 Oktober 2011 (Isnin) jam 12.00 tgh
Tarikh Keluar: 09 Oktober 2011 ( Ahad ) 12.00 tgh

No comments:

Post a Comment