Tuesday, April 5, 2011

LAWATAN RASMI DATO ZAINOL FADZI BIN HAJI PAHARUDIN KE SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL


Pada 14 Feb 2011 Y.B Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Perak Y.B Dato Zainol Fadzi bin Haji Paharudin bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak Haji Meor Ismail bin Meor Akim telah mengadakan kunjungan rasmi ke Sekolah Sukan Bukit Jalil. Seramai 50 orang atlet Perak telah diterima masuk sebagai atlet di sekolah sukan tersebut.Kunjungan ini diadakan bagi menyampaikan amanat dan dorongan semangat kepada semua atlet negeri Perak. Pada majlis tersebut, Y.B Exco Sukan telah mengumumkan pemberian Skim Yuran Sekolah kepada semua atlet termasuk yang melanjutkan pelajaran ke Pra Universiti mulai tahun 2011.

No comments:

Post a Comment