Monday, April 4, 2011

LAPORAN-LATIHAN SPARING DAN BERSAMA DENGAN PENINJU PELAPIS PULAU PINANG

Laporan:-

Tarikh : 1-2 April 2011
Tempat : MSN Pulau Pinang
Jumlah Atlet : 8 Orang
Jurulatih : En Azmi Bin Sidik
Pegawai : Zahrul Annuar Bin Usaili
Penginapan : Jabatan Belia & Sukan Pulau Pinang

Sesi 1
Hari Pertama (Jumaat):-1 April 2011
Tiba di Jabatan Belia & Sukan Pulau Pinang pada pukul 5.30 ptg menaiki
Van MSNPK.Jurulatih memaklumkan latihan ringan dijalankan disekitar
kawasan JBS Pulau Pinang dan beliau juga memberitahu bahawa memberi
tahu latihan ringan dijalankan selama 45 minit.Dari pukul 6.30 ptg -
7.15 mlm.

Sesi 2
Hari Kedua(Sabtu):- 2 April 2011
Jam 9.00-11.30 pg- Latihan bersama diadakan tepat pada pukul 9.00 pg
.Latihan ini juga dijalankan bersama dengan pasukan tentera 2 Div
Pulau Pinang yang dalam persiapan menyertai Kejohanan Tinju Antara
Formasi serta dibawah pengawasan jurulatih Pulau Pinang &
Perak.Latihan tertumpu pada aspek asas tumbukan dan teknik tumbukan
disamping berkongsi pengalaman oleh atlet tentera yang hadir dan juga
sudi berkongsi dengan atlet pelapis Perak dan Pulau Pinang.

Hari kedua(Sabtu):- 2 April 2011
Jam 12.30 tgh-1.30 ptg
Makan tengahari bersama dengan semua pegawai , jurulatih & atlet yang
telah disediakan oleh Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang di Dewan Makan
Jabatan Belia & Sukan Pulau Pinang

Sesi 3
Hari Kedua(Sabtu):- 2 April 2011
Jam 3.00 ptg - 6.00 ptg- Latihan sparing dijalankan sebanyak lapan
bout dijalankan mengikut kategori dan umur.Setiap bout dijalan 2 minit
dan 3 pusingan.Perlawanan ini menunjukan kesungguhan dari kedua-dua
atlet yang menyertai sparing ini.


Sesi Penutup-
Jam 6.00 petang-Sesi bergambar bersama Pegawai,Jurulatih-Jurulatih dan
Atlet dari kedua-dua Negeri.

No comments:

Post a Comment