Tuesday, April 12, 2011

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PIALA DATO BANDAR ALOR SETAR BAWAH 20 TAHUN



Nama Kejohanan : KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PIALA DATO BANDAR ALOR SETAR BAWAH 20 TAHUN
Tarikh Kejohanan : 7-10 APRIL 2011
Tempat : STADIUM SULTAN ABDUL HALIM,ALOR SETAR
Jenis Kategori : 1) JEMPUTAN KELAB ANTARABANGSA
2) JEMPUTAN KELAB TERBUKA
3) JEMPUTAN BAWAH 20 TAHUN
Kategori Bawah 20 Tahun : 33 REGU
Majlis Sukan Negeri perak telah menghantar 5 regu yang terdiri daripada 3 Regu SUKMA dan 2 Regu Pelapis Negeri.Pemain-pemain di dalam pasukan ini majoritinya terdiri daripada pemain-pemain di bawah program PLN di Ipoh dan SMK Dato Haji Hussein ,Selama.Prestasi dan pencapaian secara keseluruhan adalah baik dan salah satu dari 5 Regu yang menyertai kejohanan ini iaitu Regu SUKMA PERAK 'A' telah muncul sebagai Naib Johan dalam pertandingan ini dan membawa pulang RM 1500.00 dan Medal.Pada perlawanan akhir tersebut regu SUKMA Perak 'A' telah tewas pada pasukan TLDM yang menyaksikan pertarungan yang cukup sengit dan mendebarkan.Regu TLDM menang dengan mata 21 17,21-18.Pada perlawanan peringkat Separuh Akhir Regu SUKMA PERAK 'A' telah menewaskan pasukan SEK SUKAN BANDAR PENAWAR(SSBP 'B') dengan mata 16-21,21-18,16-14,Peringkat Suku Akhir Menang 21-14,21-14 dengan SEK SUKAN BANDAR PENAWAR(SSBP 'C').Pada Pusingan ke-2 Menang 21-10,21-13 dengan pasukan Terengganu 'C'.Regu SUKMA PERAK 'A' telah menjadi Naib Johan pada Peringkat Kumpulan.Dengan Kejayaan ini adalah diharapkan dapat memberi motivasi dan rangsangan pada SUKMA 2012 di Pahang nanti.

1 comment: